Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, berkata pencapaian itu diukur berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengikut skala satu hingga lima.
“Sekolah dianggap cemerlang jika memperoleh skala GPS yang paling rendah dan sebaliknya.
“Sekolah yang gagal mencapai tahap penguasaan minimum kebanyakannya mempunyai purata kelulusan antara D dan E,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ingin tahu jumlah sekolah rendah di seluruh negara yang merekodkan kelulusan sifar UPSR mengikut negeri sejak lima tahun lalu.
Dr Marcus turut bertanyakan program yang dijalankan untuk membantu sekolah di luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak serta kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung.
Wee berkata, daripada 430 sekolah itu, 116 sekolah tidak mencapai tahap penguasaan minimum pada 2005, 110 sekolah (2006), 106 (2007) dan 98 sekolah pada 2008.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan keputusan UPSR dalam tempoh itu, tahap pencapaian UPSR menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
Mengenai bantuan di sekolah luar bandar, beliau berkata, kementerian sudah menjalankan beberapa program, termasuk menubuhkan Sekolah Model Khas Komprehensif K9, pemberian insentif, pengajian jarak jauh dan pelaksanaan Kelas Dewasa Pribumi (Kedap).
“Hasil pemantauan yang dibuat mendapati golongan yang berusia 81 tahun turut berminat mengikuti program Kedap.
“Penubuhan Kedap bukan saja membolehkan ibu bapa membaca, menulis serta mengira malah menjamin masa depan Orang Asli yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman,” katanya.
Berita Harian Online: 4 November 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan