Khamis, 12 November 2009

Igauan hukum pelajar

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my

yang baru diganti pecah akibat dibaling seketul bata." title="KESAN...cermin belakang kereta milik seorang guru
yang baru diganti pecah akibat dibaling seketul bata." border="0" height="195" width="300">
KESAN...cermin belakang kereta milik seorang guru
yang baru diganti pecah akibat dibaling seketul bata.

KULIM: Seorang guru lelaki di Paya Besar, dekat sini, kini hidup dalam ketakutan selepas cermin keretanya dipecahkan, awal pagi Jumaat lalu, dipercayai angkara pelajar sekolahnya yang tidak berpuas hati akibat dikenakan tindakan disiplin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, cermin belakang kereta Proton Saga miliknya yang diletakkan di depan rumah pecah dipercayai dibaling dengan batu oleh pelajar terbabit.

Guru berusia 46 tahun dan enggan dikenali itu berkata, kejadian itu disedari isterinya kira-kira jam 8 pagi apabila hendak menghantar anak perempuan mereka ke kelas tuisyen.

“Ketika kejadian saya sedang tidur dan hanya isteri yang mendengar bunyi tingkap kereta dipecah, tetapi dia tidak menghiraukannya kerana sudah terlalu lewat.

“Apabila dimaklumkan isteri pada pagi itu, saya terkejut apabila mendapati cermin belakang kereta pecah dan saya juga menemui dua ketul bata berhampiran kereta yang dipercayai diguna untuk memecahkan cermin kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, dia percaya kejadian itu ada kaitan dengan tindakannya menghukum beberapa pelajar sekolah menengah tempatnya mengajar di sini, Khamis lalu.

“Pada hari yang sama, beberapa remaja bermotosikal lalu di depan rumah saya sambil memanggil nama saya serta mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.

“Mereka juga membuat bising di depan rumah tetapi saya sukar mengecam kerana mereka bertopi keledar,” katanya.

Guru itu berkata, sejak kejadian itu dia bimbang dengan keselamatan keluarganya terutama isteri dan seorang anak perempuannya.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Lunas, dekat sini, pagi Jumaat lalu.

Katanya, dia tidak sangka niat baiknya untuk mendisiplinkan pelajar terbabit kini menjadi satu igauan.

apabila dia serta keluarganya menerima ancaman daripada mereka.

myMetro: 12 November 2009

Tiada ulasan: