Rabu, 11 November 2009

Patuhi garis panduan banjir - Kenal pasti pusat peperiksaan alternatif SPM, STPM


SEKOLAH Kebangsaan Kampung Simpangan, Tumpat antara sekolah yang ditenggelami air dalam kejadian banjir di Kelantan pada Ahad lalu.


PUTRAJAYA - Semua sekolah yang terlibat dengan banjir perlu mematuhi Garis Panduan Menghadapi Banjir semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula Rabu depan dengan mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif.




Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (gambar kecil) berkata, garis panduan itu telah diedarkan ke sekolah-sekolah bagi memastikan semua calon terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan terjejas untuk menduduki peperiksaan.

"Bagi sekolah yang berada dalam kawasan yang sering dilanda banjir, mereka perlu menempatkan semua bilik peperiksaan di tingkat satu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.




Menurut beliau, bagi calon peperiksaan yang berhadapan kemungkinan kampung atau kawasan perumahan mereka ditenggelami banjir, mereka perlu ditempatkan di asrama-asrama sekolah yang tidak terjejas dengan bencana alam itu.

Selain itu, pengetua dan guru besar juga perlu mengutamakan keselamatan pelajar dalam sebarang tindakan yang perlu diambil selepas berlaku banjir.










Kosmo Online: 11 November 2009

Tiada ulasan: