Selasa, 24 November 2009

Elak diri jadi 'guru semberono'


Dr. Mohd. Puad Zarkashi


KUALA LUMPUR - Guru-guru perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan dalam profesion pendidikan supaya mereka menjadi cemerlang dan bukan golongan 'guru semberono'.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kewujudan 'guru semberono' akan menjejaskan proses pembangunan modal insan di negara ini.

"Saya yakin guru-guru di negara ini komited serta gigih dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik tetapi cabaran-cabaran yang mendatang serta pelbagai tekanan yang muncul mungkin melemahkan semangat mereka sekiranya mereka tidak mempersiapkan diri.

"Saya tidak mahu tekanan-tekanan yang timbul ini akhirnya mewujudkan budaya 'guru semberono'," katanya pada Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ketujuh Tahun 2009 di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim.

Mohd. Puad memberitahu, negara masih kekurangan hampir 5,000 guru cemerlang ekoran ramai guru tidak berusaha mengisi kekosongan itu dan kekurangan itu akan terus wujud sekiranya masih ada golongan 'guru semberono'.

Kosmo Online: 24 November 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf la sy ni tak reti bahasa melayu.. tapi mamat ni lagi tak reti bahasa melayu. menghancurkan bhs melayu ada ler. " SEMBERONO" tu perkataan dari kamus dewan bahasa mana?