Isnin, 9 November 2009

Guru lama mohon tukar ditolak

SETIAP kali pertukaran guru diumumkan, negeri Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang paling kritikal. Berbagai cerita didengar, pertukaran guru dibekukan kerana penempatan guru sudah penuh. Namun begitu ada juga yang dapat bertukar ke Kelantan dan Terengganu. Saya sudah lebih 10 tahun mengajar di Kuala Lumpur dan beberapa kali memohon pertukaran. Namun keputusannya tetap sama, permohonan ditolak. Rumah yang saya beli di kampung sudah lima tahun siap, di Kuala Lumpur saya masih menyewa.

Saya agak kecewa kerana kawan saya yang baru empat atau lima tahun mengajar, sudah dapat bertukar balik ke Kelantan atau Terengganu tanpa alasan kukuh. Apabila ditanya, jawapannya, guna `orang dalam`.

Apabila keputusan pertukaran disemak bermula pada 6 November lalu, saya agak terkejut kerana dimaklumkan bahawa ada beberapa guru mendapat surat pertukaran yang dihantar Jabatan Pendidikan Negeri pada hari sama, siap dengan nama sekolah, sedangkan guru lain masih berdebar untuk menyemak keputusan kerana laman web untuk semakan pertukaran mengalami masalah pada hari berkenaan (6 November) dan keputusan hanya dapat disemak pada sebelah petang.

Kalau hendak diikutkan, ramai lagi guru yang lebih lama tempoh mengajar, lebih layak dan mempunyai alasan yang lebih kukuh. Kalau macam ini caranya, kasihan bagi guru yang benar-benar layak. Diharap Kementerian Pelajaran lebih telus dalam urusan pertukaran guru.

SAMPAI BILA,
Setapak, Kuala Lumpur.

Berita Harian Online: 9 November 2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, cuma ingin bertanya, benarkah guru yang tidak cukup berkhidmat 4 tahun di sesebuah sekolah, sekiranya diluluskan bertukar di atas permohonan sendiri kerana mengikut suami, adalah tidak layak menuntut elaun pertukaran?

Harap boleh membantu dengan memberikan jawapan beserta bukti hitam putih.

terima kasih.

-Cikgu Ina-

Tanpa Nama berkata...

ckgu ina, dh dapat tukar 2 bersyukur je la...x payah claim la

Tanpa Nama berkata...

salam, saya telah berkhidmat 5 tahun di kelantan opsyen fizik ingin memohon pertukaran sekolah menengah tetapi dari negeri kelantan ke pahang alasan mengikut suami, juga tidak diluluskan.Sebabnya adalah tiada guru pengganti.Mengapa ini berlaku?