Saya pernah meminta mereka menumpang kenderaan ibu bapa atau guru untuk membawa anak pulang ke rumah kerana ketika itu saya berada jauh dan tidak dapat menjemputnya.
Hal ini berlaku disebabkan jadual peperiksaan pada hari itu tamat lebih awal dan bas sekolah tidak dapat menjemputnya. Sebagai ibu, selepas gagal mendapat bantuan pihak lain kepada gurulah tempat saya minta bantuan.
Malangnya mereka gagal membantu dengan pelbagai alasan. Apa yang lebih saya kesalkan ia menjadi isu sehingga ada yang masih menyuarakan rasa tidak puas hati dan memalukan anak saya di hadapan kawan serta menuduh saya ibu yang tidak bertanggungjawab.
Oleh kerana sifat tanggungjawablah, saya mohon bantuan kerana bimbang keselamatan anak.
Saya berusaha membantu walau dengan apa cara sekalipun, asalkan anak atau murid lain selamat. Pada fikiran saya tentu guru juga begitu kerana bantuan yang dihulur itu tidak merugikannya.
USSNA RAHMAN,
Kuala Lumpur.
Berita Harian Online: 7 November 2009
1 ulasan:
kalau pada masa guru tolong hantar anak anda,tetapi anak sendiri tak siapa ambil camner
Catat Ulasan