Isnin, 25 Januari 2010

Bekas guru besar disaman guru



Mohd. Afandi (kanan) bersama peguamnya memfailkan saman
di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.



KERATAN muka depan Kosmo! 7 Oktober 2009.


ALOR SETAR - Pada Oktober tahun lalu, seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di Kuantan, Pahang menyaman pengetuanya dan menuntut ganti rugi sebanyak RM228,000 kerana mendakwa pengetuanya telah menjejaskan reputasinya.

Pada tahun ini, ketika sesi persekolahan baru bermula 20 hari, budaya menyaman membabitkan guru dilihat semakin menular dalam institusi pendidikan di negara ini.

Semalam di Mahkamah Tinggi di sini, sepasang guru memfailkan saman berjumlah RM1.5 juta terhadap dua bekas guru besar mereka yang telah bersara dan seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Kedah kerana mendakwa dianiaya sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah mental yang dahsyat.




Pasangan suami isteri itu ialah Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, plaintif pertama manakala isterinya Roziaini Mohd. Rozi, 38, plaintif kedua.

Kedua-dua plaintif menamakan Munajat Tamrin, pegawai di Jabatan Pelajaran sebagai defendan pertama.

Noriah Murad, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, Jalan Langgar tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004, defendan kedua.

Defendan ketiga, Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar SK Iskandar, Alor Setar tempat Mohd. Afandi bertugas pada 2004.

Kosmo Online: 25 Januari 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa jd kes ni? byk duit cikgu tu saman menyaman...

Tanpa Nama berkata...

Tentulah, kalau orang yang ada kuasa tak seberapa tetapi boleh senang menggunakan kuasa untuk menganaya atau manafikan hak orang lain walhal kakitangannya, apa salahnya yang dianayai itu menuntut keadilan.