Jumaat, 15 Januari 2010

Pelajar tampar muka cikgu

NIBONG TEBAL: “Jika saya tak mahu keluar, awak hendak buat apa?“. Itu jawapan biadab seorang pelajar tingkatan empat kepada guru sebuah sekolah menengah di sini, yang mengarahkan dia dan dua lagi rakannya keluar kelas.

Lebih mengejutkan lagi apabila pelajar berusia 16 tahun itu menampar pipi gurunya yang berusia 28 tahun itu.


Dalam kejadian 12.45 tengah hari Selasa lalu, pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas ketika itu guru wanita berkenaan sedang mengajar.


Tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, tiga pelajar berkenaan membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila arahan berkenaan tidak diendahkan, guru berkenaan menampar pipi salah seorang pelajar terbabit sebelum dia membalasnya.

“Malah, salah seorang pelajar kumpulan itu bertindak ganas apabila membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan tetapi dia berjaya mengelak.


“Melihatkan itu, seorang pelajar lagi menarik kedua-dua rakannya beredar keluar dari kelas itu sebelum guru berkenaan membuat aduan kepada pengetua yang mintanya membuat laporan polis,” katanya.


Menurutnya, sehari selepas kejadian atau pada 13 Januari lalu, pelajar yang menampar guru berkenaan dibawa ahli keluarganya menyerah diri kepada polis dan bermalam di lokap selama sehari sebelum dia dijamin bapanya keesokannya.

myMetro: 15 Januari 2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah nasib guru-guru sekarang, tak macam zaman dulu, semua orang hormat guru. apa yg guru buat untuk mendisiplinkan pelajar dipandang serong dan 'salah' sekarang ni sedangkan apa yang pelajar lakukan terhadap guru dibela pula. zaman sekarang ni ibu bapa 'lebih sayangkan anak' kot, guru kan 'makan gaji aje'. fikir-fikirkanlah...

Tanpa Nama berkata...

Kita tak boleh lebih-lebih dgn murid. Jangan rotan@tampar. Bagi nasihat. Bagi kaunseling. Rotan tak dapat menyelesaikan masalah disiplin. POOOOOOOORah. Pasal itulah budak-budak hari kurang ajar. Sapa salah. ?????

Tanpa Nama berkata...

pelajar sekarang tidak takut bertindak kerana undang2 hanya dikenakan kepada guru.adalah amat malang untuk guru2 yang ingin mendidik tetapi tidak di hargai.zaman telah berubah,pelajar didahulukan,guru diketepikan......

Makmal Perguruan Ibubapa berkata...

jika saya menjadi guru tersebut, saya tidak membuat laporan polis.apa yang saya lakukan ialah bermuhasanah..memikirkan mengapakah anak didik saya sampai hati menampar saya..dimanakah kegagalan saya dalam mencorak anak didik tersebut dan mencari kesilapan saya..yang penting bagaimana saya hendak membetulkan keadaan semula agar anak didik saya menghargai saya..

http://reformasimindaguru.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

betul, guru2 sekarang dianggap mengancam kedudukan murid disekolah. murid2 menjadi berani melakukan keganasan kepada guru. kenapa zaman dahulu murid boleh dirotan, dihukum sebagai memberi pengajaran menjadi manusia berguna. di mana punca kelonggaran sistem pertahanan guru ini? hari demi hari kita dengar guru diancam pelajar, mungkin satu hari nanti ada guru yang mati dan ini hanya kes terpencil yang boleh dipandang sebelah mata..tugas guru mendidik dan mengajar itu hakikat tp kalau hak ini dinafikan oleh segelintir pihak, apa tugas yg boleh dilakukan guru?....bangunlah guru2, kita sesama menjadi apa yang diamanahkan kepada kita, jangan undur...kita bersatu hati. KAMI GURU MALAYSIA