Isnin, 11 Januari 2010

Calon PMR, SPM wajar dikenakan yuran

SAYA mencadangkan calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenakan yuran bergantung kepada pendapatan isi rumah.

Yuran ini untuk menampung kos yang ditanggung Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti cetakan soalan, bayaran pengawas dan penandaan kertas.

Ada pelajar tidak menghargai kertas soalan yang dibekalkan kepada mereka secara percuma. Ramai pemeriksa kertas memperoleh skrip jawapan kosong.

Dengan mengenakan yuran, ia dapat memberi sedikit kesedaran kepada calon agar belajar bersungguh-sungguh dan menjawab sebaik mungkin kerana setiap helai kertas jawapan mereka itu adalah hasil titik peluh ibu bapa bekerja siang dan malam.

Jika dibandingkan harga rokok yang mampu mereka beli, apalah sangat yuran yang menentukan masa depan anak anak mereka.

RAKYAT PRIHATIN,
Kedah.

Berita Harian Online: 11 Januari 2010

Tiada ulasan: