Sabtu, 16 Januari 2010

Proses pengesahan jawatan

STATUS Maktab Perguruan kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Sejajar dengan transformasi itu, kedudukan pensyarah di IPGM juga diubah. Mulai Ogos 2008 ramai pensyarah di IPGM dilantik memangku gred DG48 dan DG52.

Terima kasih kepada pihak kementerian. Namun begitu sehingga kini seleps hampir 18 bulan pensyarah-pensyarah mengalami perubahan itu, masih belum lagi menerima surat pengesahan jawatan bagi gred DG52 dan DG48.

Mengapa proses pengesahan ini mengambil masa terlalu lama? Terlalu rumit sangatkah untuk disiapkan dalam tempoh seminimum yang mungkin. Apabila dirujuk kepada pihak yang berkenaan, jawapannya ialah dalam proses.

Jika untuk pengesahan ini mengambil masa hampir 18 bulan belum siap, nampak sangat ketidakcekapan kerja kakitangan kerajaan.

RAKAN PENSYARAH,
Alor Setar, Kedah

Berita Harian Online: 16 Januari 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lambatnya proses pengesahan gred dg52 sehinggan 18 bulan malah lebih lama melambangkan betapa teruknya sikap penjawat-penjawat awam yang berkenaan kerana atas apa alasan sekalipun innya amat memalukan dalam keadaan kementerian dalam negeri melalui jabatan imigresen sedang berusaha kuat untuk membolehkan pasport antarabangsa disiapkan dalam sehari yang dulunya memakan masa yang terlalu lama dan yang malangnya kem pelajaran di bawah kepimpinan yab tpm bergerak kebelakang , cuba bayangkan betapa hodohnya sikap penjawat awam dlm kem pelajaran disemua peringkat.