Katanya, pemilihan sekolah terbabit kini sudah di peringkat akhir dan pengumuman mengenainya akan dibuat sendiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.
"Senarainya sudah ada tetapi biarlah Tan Sri (Muhyiddin Yassin) yang mengumumkannya tidak lama lagi," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata kementerian akan mengumumkan senarai 20 sekolah berprestasi tinggi yang dipilih berdasarkan pencapaian menyeluruh mengikut kriteria ditetapkan, termasuk prestasi warga pendidik di sekolah berkenaan.
Muhyiddin berkata, penyenaraian itu akan membolehkan setiap sekolah mendapat petunjuk berhubung kedudukan mereka pada peringkat negeri dan nasional.
Mengenai perbezaan antara sekolah berprestasi tinggi dengan sekolah kluster, Alimuddin berkata, kedudukan sekolah berprestasi tinggi adalah lebih teratas dari sekolah kluster.
"Sekolah berprestasi tinggi adalah berbeza dengan sekolah kluster kerana pemilihannya adalah mengikut kriteria yang berbeza.
"Bagaimanapun, tidak mustahil sekolah yang sudah dipilih sebagai sekolah kluster turut terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi," katanya.
Ketika ini ada 60 sekolah kluster di seluruh negara dengan sasaran 300 sekolah kluster menjelang 2010 dan pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kriteria antaranya kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah, budaya, hubungan dengan pihak luar dan pembangunan modal insan.
Selain itu, semua sekolah kluster juga diberi kuasa, ruang dan autonomi untuk menguruskan sekolah dalam melonjakkan kecemerlangan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.
Berita Harian Online: 2 Januari 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan