Selasa, 5 Januari 2010

SMK Guntung, Setiu cemerlang

Oleh Nojie Nadzirah


ROMELI (tengah) berkongsi kegembiraan bersama empat pelajarnya yang mendapat 8A dalam PMR yang diumumkan, baru-baru ini.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Guntung, Setiu, Terengganu mencatat sejarahnya tersendiri apabila empat calonnya memperoleh semua 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan, baru-baru ini.

Kejayaan itu diraikan guru dan pelajar sekolah berkenaan kerana sejak dibuka pada 2005 belum ada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang seperti itu.

Pengetuanya, Romeli Ismail, berkata kejayaan itu membuktikan semangat dan kesungguhan guru serta pelajar untuk berjaya terlaksana, sekali gus mencatat sejarah.

Berpegang pada prinsip SMK Guntung Terbaik (SMK Guntung Best) setiap guru, pelajar dan ibu bapa seharusnya bangga dengan kejayaan dicapai kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sementara itu, pelajar terbaik, Sahirawati Mat Yusoff, ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada guru yang mengajar dan berharap kejayaan ini akan diteruskan.

Anak seorang tukang rumah di Kampung Bahagia, Bintang, Setiu akan meneruskan pengajiannya dan berjanji terus berusaha demi masa depan serta mahu membantu keluarga.

"Kehidupan kami sekeluarga susah, ayah bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu dan terpaksa menanggung tiga adik yang masih bersekolah." katanya.

Berita Harian Online: 5 Januari 2010

Tiada ulasan: