SHAH ALAM: “Keadilan berlaku akhirnya. Apa yang berlaku biarlah berlalu,” kata bekas guru berusia 57 tahun di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Dia meluahkan perasaan gembiranya selepas mahkamah itu mengetepikan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Klang pada 22 November 2006 atas tuduhan merogol anak angkatnya yang berusia 13 tahun.
“Saya adalah cikgu kepada mangsa. Saya mengambilnya (anak angkat) sebab ada lima pelajar yang tidak bersekolah. Jadi saya ambil dan menyekolahkannya.
“Saya tidak berdendam dengan apa yang dia buat kepada saya. Niat saya adalah untuk melihat dia berjaya dalam hidupnya,” katanya.
Terdahulu, Hakim Datuk Zaki Md Yasin dalam penghakimannya berkata, pendekatan Hakim Mahkamah Sesyen Klang bercanggah dengan tindakan yang diambil dalam perbicaraan sebelum membuat keputusan prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
“Keterangan saksi perlu dianalisis termasuk dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.
“Saya sendiri tidak berjaya mencari apa yang boleh disimpulkan sebagai alasan Hakim Mahkamah Sesyen Klang untuk timbulkan prima facie terhadap pertuduhan itu.
Zaki berkata, dua doktor iaitu saksi pendakwaan kelapan (SP8) dan saksi pendakwaan ke-11 (SP11) yang membuat pemeriksaan terhadap mangsa pada 20 Jun 2002, mengesahkan terdapat koyakan lama, tetapi luka itu tidak menyatakan tempohnya.
myMetro: 3 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan