Ahad, 27 Jun 2010

Big School MCKK jadi warisan negara


SULTAN Azlan Shah (tengah) bersama Raja Nazrin menerima plak pengisytiharan The Big School MCKK sebagai warisan negara daripada Zuraina (kiri) sambil diperhatikan Zambry di Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR - Bangunan asal Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang dikenali sebagai The Big School kini digazetkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Pesuruhjaya Warisan, Profesor Emeritus Datuk Zuraina Majid berkata, keputusan untuk menggazetkan The Big School berusia 101 tahun itu diambil mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan diputuskan pada 14 Februari 2009.

"Bangunan ini dipilih bukan sahaja kerana usia dan seni bina yang sudah melebihi 100 tahun tetapi peristiwa bersejarah yang berlaku di dalamnya dan sumbangan MCKK yang besar kepada perkembangan negara.

"Ia merupakan salah satu daripada 36 bangunan dan tapak di negara ini yang digazetkan sebagai Warisan Kebangsaan. Enam daripadanya terdapat di Perak seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kota Tampan," katanya selepas menyaksikan majlis pemasyhuran premis bersejarah berkenaan yang kini dijadikan sebahagian bangunan asrama pelajar MCKK oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam.

Kosmo Online: 27 Jun 2010

Tiada ulasan: