Jumaat, 4 Jun 2010

Guru perlu ikhlas laksana tugas

2010/06/04

KUALA LUMPUR: “Jangan jadikan cabaran pelajar dan ibu bapa ‘bermasalah’ sebagai alasan untuk pendidik alaf 21 berputus asa menunaikan tanggungjawab sebagai guru,” kata pesara guru, Datin Rokiah Yahya, 56.

Beliau mengingatkan guru supaya sabar dan tabah menjalankan tugas sebagai pendidik bangsa walaupun berdepan pelbagai isu pelajar dan ibu bapa yang semakin berani menentang tindakan mereka. “Jika tidak ikhlas melaksanakan tugas sebagai guru, lebih baik berhenti kerana ia bukan profesyen yang remeh dan mudah. “Jika guru gagal mendidik anak muridnya, dia mengorbankan satu generasi baru yang sepatutnya menerima didikan sempurna,” katanya yang menjawat Pengetua di Sekolah Menengah Perempuan Puteri Titiwangsa sebelum bersara. Beliau juga bimbang dengan graduan ‘terdesak’ yang menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir kerana tidak mahu menganggur selepas tamat pengajian. “Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bukan langkah terakhir kepada mereka yang mahukan jaminan kerjaya. Jadilah guru kerana minat dan keikhlasan, bukan kerana terpaksa,” katanya. Beliau menerima Hadiah Jasamu Dikenang pada majlis ramah mesra Hari Guru Parlimen Setiawangsa bersama enam pesara guru yang dirasmikan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

myMetro: 4 Jun 2010

Tiada ulasan: