Jumaat, 11 Jun 2010

Tukarkan guru yang ‘layu’

SETIAUSAHA Kerajaan (SUK) Negeri Pahang baru-baru ini mengambil langkah proaktif dengan mengadakan rombakan terhadap pegawai dan kakitangan bertujuan memantapkan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sejak usaha itu dilakukan, pelbagai perubahan dan pembaharuan berjaya dilaksanakan dalam pengurusan PBT di negeri ini.

Sewajarnya langkah SUK itu perlu dicontohi oleh jabatan dan agensi kerajaan yang lain bagi memantapkan lagi pengurusannya.

Sehubungan itu, suka saya mencadangkan supaya Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) membuat penyemakan semula ke atas golongan pengetua, guru besar, guru dan pegawai pelajaran daerah yang begitu lama mengajar dan menduduki sesuatu tempat.

Ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak penyelewengan berlaku di kalangan mereka termasuk menjalankan perniagaan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar yang diamanahkan.

Ada juga kalangan pegawai pelajaran daerah yang didapati menyalahgunakan kuasa dengan memberi laluan kepada keluarga yang terdekat untuk mengurus kantin sekolah sehingga bertahun-tahun lamanya.

Lebih mengecewakan, ada sesetengah sekolah yang diterajui oleh pengetua, guru besar dan guru yang sama sejak bertahun-tahun lamanya, gagal menunjukkan pencapaian memberangsangkan dalam peperiksaan utama.

Oleh itu, diharap JPNP dapat membuat perubahan terhadap mana-mana pengetua, guru besar, guru dan pegawai pelajaran daerah yang begitu lama bertugas, ditukarkan ke tempat lain untuk menghadapi cabaran serta menjaga kepentingan kita bersama.

Utusan Malaysia Online: 11 Jun 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju golongan guru yang lemah ditukarkan ke sekolah lain atau kenaikan pangkat disekat tapi soal lama di sekolah tidak boleh menjadi ukuran kerana ada guru yang sudah lama di sekolah tersebut semakin baik dan diterima oleh pelajar serta masyarakat setempat dan ada juga guru yang baru berpindah sebagai Pengetua, Guru Besar atau Guru Akademik tetapi tidak ada semangat memimpin sekolah, dia asyik cari geng yang ngam dengan sikap dia sahaja. Jadi orang ini tidak patut berada disatu sekolah dalam tempoh yang lama kerana dia ada tujuan tidak baik.
Ada saya jumpa seorangg Pengetua perempuan tu merapuh-rapuh dalam mesyuarat, perkara dalam minit tidak dibincang dengan terperinci tetapi kata-kata ucapan pengerusi berjam-jam tiba-tiba selesai mesyuarat kemudian suka mengertak guru dengan amaran-amaran kononnya ada dalam surat arahan perkhidmatan. Pengetua ini pula suka menggunakan guru lain yang menjadi kesayangannya untuk mengurus sesuatu dan membelakangkan PK-PKnya jadi si guru yang tak sedar diri ini pula naik semangat hingga sikap dan penampilannya macam PK.Di dalam perhimpunan pula suka mengeluarkan kata-kata yang merendahkan martabat kaum tertentu. Jadi, pentadbir jenis ini lah yang patut di singgirkan, diturunkan pangkat atau kenaikan pangkatnya disekat.

pmerhati guru2 berkata...

ader2 jer yer perangai manusia ni...susah nak cakp. tapi, kalu nak kubur sentiasa luas dan bercahaya..buat baiklah sesama manusia kerana segala perbuatan baikmu akan menjadi penyuluh dalam kegelapan kuburmu.

yang paling teruk cerita saya pernah dengar, ialah guru dibuat2 kerana ktdkpuasan hati seseorang guru dalam pemberian tugas dan pujian di atas kecemerlangan tugas sebagai guru dan pendidik di salah sebuah sekolah di daerah..tuttt...tak bole ckp...mlg sekali, guru itu sampai meninggal dunia kerana perbuatan seseorang ini.

dan penah lagi, kwn baik saya sendiri terkena buatan org nie..kerana tdk puas hati guru lain dgn semangat waja si kwn ini dgn tugas2 yg diberikan utk mendidik anak bangsa menjadi anak yg pandai dan berguna, ttp kerana dengki jugakla kwn ini terkena sakit yg doktor pun tak tau apa sakitnya..so bw ke pakar kampung, dapatlah tau...kena buat org pulak dahh..

oklah guru sekalian,
jgnlah kamu ber iri hati sesama kamu kerana sama2 juga kita cari mkn dan rezeki yg halal.kelebihan org lain itu adalah krn kesungguhan dan usahanya..so, kalu nak jadik mcm si dia yg disayangi oleh pengetua, guru2 lain dan anak murid, ubahlah perangaimu yang layu itu menjadi guru yg hebattt...

ok..adios.