Selasa, 29 Jun 2010

Jawatankuasa kaji tugas guru

2010/06/29

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk SMS DRAGONBALL:BHA14357 dalam rakan@bh 24 Mei lalu bertajuk pihak Kementerian Pelajaran turunlah ke sekolah dengan mengejut untuk melihat beban guru dan perangai pelajar. Bukan senang guru nak kawal.

Kementerian Pelajaran mengucapkan terima kasih atas maklumat itu dan amat prihatin isu beban guru.

Kementerian juga mewujudkan jawatankuasa khas mengkaji tugas berlebihan guru di seluruh negara supaya usaha menjana modal insan pada peringkat sekolah tidak terjejas.

Kementerian, khasnya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sering ke sekolah kerana tugas utamanya untuk memeriksa, melapor dan mengemukakan syor serta memberi strategi kepemimpinan kepada sekolah secara profesional.

Penaziran pula dilaksanakan secara pemeriksaan penuh, biasa, bertema, khas dan pemeriksaan tindak ikut serta pemeriksaan mengejut jika ada aduan.
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah juga memantau perkembangan dan aktiviti sekolah secara rutin serta berterusan termasuk pemeriksaan mengejut.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 29 Jun 2010

Tiada ulasan: