Rabu, 16 Jun 2010

Guru sukan akan dilatih semula

2010/06/16

GURU sukan akan dilatih semula melalui pusat latihan di sekolah tertentu sebagai langkah awal untuk memastikan kerajaan dapat melaksanakan program satu sekolah satu sukan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Ini cukup penting bagi memastikan pelajar dapat dibangunkan potensi mereka berasaskan kepada aktiviti kokurikulum dan ditumpukan kepada sukan,” katanya.


Beliau berkata, sekolah tertentu akan dipilih untuk dijadikan pusat melahirkan guru sukan yang boleh dipinjamkan atau digunakan sekolah di sekelilingnya.


“Usaha ini bukan sahaja untuk melahirkan juara dalam bidang sukan, malah memastikan anak-anak kita terbabit dengan aktiviti yang dapat membangunkan potensi mereka dan tidak terlalu obses dengan peperiksaan,” katanya ketika menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) berkaitan guru sukan bagi satu pelajar satu sukan dan keperluan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Dewan Rakyat.

myMetro: 16 Jun 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju cadangan guru sukan akan dilatih semula. Saya harap tiada double standard memilih guru dan sekolh. Pilihlah sekolah yang ada kemudahan sukan serta ada guru opsyen Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan.

Cuma saya hairan dengan beberapa guru opsyen Sains Sukan yang ada di daerah saya nampaknya mereka ini tidak aktif dan kalau dilantik dengan apa-apa jawatan dalam sukan selalu menolak lebih-lebih lagi kalau dilantik Setiausaha Sukan. Entah apa yang mereka belajar di U.