Khamis, 24 Jun 2010

Pengambilan guru wajar dilaksanakan terus oleh SPP

24/06/2010 4:02pm

PUTRAJAYA 24 Jun — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini menyarankan supaya proses pengambilan guru perlu dipermudahkan dan dilaksanakan secara terus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Katanya langkah itu wajar kerana pada masa sekarang, semakin ramai siswazah berminat untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Beliau berkata melalui cadangan itu, calon guru tidak perlu lagi melalui proses lantikan Kementerian Pelajaran sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST).

"Tindakan ini boleh dilaksanakan dahulu dalam opsyen tertentu khususnya kepada calon yang mengikuti kursus Diploma Pendidikan di IPTA,” katanya ketika menutup Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini. — Bernama

Utusan Malaysia Online: 24 Jun 2010

Tiada ulasan: