Jumaat, 18 Jun 2010

Hantar guru BI ke pedalaman

2010/06/18

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menjalankan langkah drastik termasuk melakukan penempatan semula guru Bahasa Inggeris (BI) di pedalaman bagi memastikan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan pedalaman di seluruh negara dapat dikurangkan sekecil mungkin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah paling utama yang bakal diambil kementerian dengan menghantar tenaga pengajar mencukupi ke kawasan pedalaman termasuk melakukan penempatan semula guru Bahasa Inggeris di luar bandar.


Beliau berkata, kekurangan guru Bahasa Inggeris sangat ketara di pedalaman kerana golongan itu lebih bertumpu di bandar hingga ada antara mereka tidak mengajar lagi subjek berkenaan sebaliknya memberi tumpuan mata pelajaran lain.


“Kita dapati ada lebihan guru Bahasa Inggeris di bandar hingga sebahagian mengajar subjek lain walaupun mengkhusus dalam Bahasa Inggeris.


“Disebabkan itu kita akan lakukan penempatan semula membabitkan guru Bahasa Inggeris diletakkan di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang memerlukan guru subjek berkenaan,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian (APC-BH 2009) kepada 18 pelajar cemerlang, di Balai Berita, semalam.

myMetro: 18 Jun 2010

1 ulasan:

Makmal Perguruan Ibubapa berkata...

Kualiti guru Bahasa Inggeris pada hari ini amat mengecewakan. Jika tidak percaya, arahkan guru Bahasa Inggeris yang sedang bertugas diseluruh negara untuk menduduki peperiksaan. Lihatlah markah mereka. Apakah jangkaan anda berhubung markah mereka? Perlulah dibuat ujian jika hendak tahu. Jika mengikut panduan ISO, adakah mereka ini "compliance" terhadap tugasan mereka.

http://reformasimindaguru.blogspot.com