Selasa, 15 Jun 2010

Kerajaan mahu laksana Dasar Bahasa Ibunda Pelajar di semua sekolah kebangsaan

2010/06/15

GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran mahu melaksanakan sepenuhnya dasar Bahasa Ibunda Pelajar (POL) di semua sekolah kebangsaan bagi memudahkan pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa ibunda mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu sudah lama diperkenalkan dan setakat ini ada beberapa sekolah yang mempunyai guru mengajar bahasa Mandarin dan Tamil.

2010/06/15

GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran mahu melaksanakan sepenuhnya dasar Bahasa Ibunda Pelajar (POL) di semua sekolah kebangsaan bagi memudahkan pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa ibunda mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu sudah lama diperkenalkan dan setakat ini ada beberapa sekolah yang mempunyai guru mengajar bahasa Mandarin dan Tamil.

"Kenyataan ini bagi membetulkan kenyataan yang dibuat sebelum ini, iaitu mewajibkan sekolah kebangsaan mengajar matapelajaran Mandarin dan Tamil, yang penting sekarang ini perkukuhkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.

"Dasar itu sudah ada bukan saya buat pengumuman dasar baru tetapi dasar yang ada hendak cuba laksanakan sepenuhnya, pelajar mempunyai pilihan, apabila mereka mahu menguasai bahasa ibunda...mereka boleh memperolehnya menerusi sistem pendidikan kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhyiddin sebelum itu merasmikan persidangan antarabangsa pelajar 2010 anuran St George''s Girl School (SGGS) di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Muhyiddin berkata apa yang berlaku pada masa lepas berkemungkinan di peringkat sekolah terdapat pengetua atau guru besar yang tidak memberi perhatian terhadap soal itu, oleh itu terdapat ibu bapa berbangsa Cina dan Tamil kurang berpuas hati.

"Dengan adanya kemudahan ini pelajar Cina dan India tidak perlu bersesak di Sekolah Jenis Kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat, selain itu pelajar Melayu juga boleh ambil kesempatan untuk pelajari bahasa Mandarin dan Tamil," katanya.
Beliau berkata setakat ini terdapat 373 orang guru yang mengajar bahasa Mandarin dan 163 guru mengajar bahasa Tamil di sekolah kebangsaan di bawah dasar POL.

Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi untuk mengajar kedua-dua bahasa itu.

Katanya, langkah yang perlu diambil sekarang ialah memastikan setiap sekolah mempunyai guru terlatih dalam bahasa Mandarin dan Tamil kerana terdapat lebih 7,000 sekolah rendah di seluruh negara.

"Kita akan melatih guru yang berkelayakan dan mereka nanti akan ditempatkan di semua sekolah yang ada diseluruh negara, sama ada mereka mahu belajar atau tidak...itu soal kedua," katanya. - BERNAMA

Berita harian Online: 15 Jun 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju supaya dilaksanakan semula Dasar Bahasa Ibunda Pelajar di semua sekolah kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih yang amat tinggi kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran kerana prihatin terhadap keperluan bangsa lain dan tidak memandang bangsanya sendiri sahaja. Ini pemimpin yang patut menjadi contoh kepada YB-YB yang lain jangan tonjol bangsa sendiri sahaja, bercakap merapuh-rapuh cakap itu dan cakap ini tanpa memikirkan perasaan orang lain seolah-olah lupa tanggungjawab sebagai bangsa Malaysia yang dibangunkan bersama.
Saya mencadangkan supaya bahasa Kadazandusunmurut diwajibkan kepada semua pelajar di Sabah yang berbangsa Kadazandusunmurut tidak kira mereka beragama Islam atau lain-lain kerana sejak akhir-akhir ini ramai remaja kaum ini yang hanya tahu bercakap Bahasa Melayu tetapi masih mengaku ' saya Dusun, saya Kadazan, saya Murut tetapi ' saya bukan Melayu'.
Jadi, elok benarlah tu YAB, saya tabik sunguh.