Selasa, 11 Ogos 2009

Cekap berjaya tingkat 3M murid

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Program Cemerlang Ke Arah Akademik Pelajar Pemulihan Khas (Cekap) berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid-murid di daerah ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran, Bong Muk Shin berkata, Cekap juga berjaya membantu kajian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru-guru di pelbagai sekolah.

"Ia membabitkan guru-guru Pemulihan Khas bagi meminimumkan masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira) di kalangan murid Tahun 1, 2 dan 3," katanya semasa merasmikan Program Cekap di Hotel Selesa di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ), Markom Giran.

Muk Shin berkata, seramai 200 orang termasuk penyelidik, guru dan murid tahun 2 terlibat dalam kajian bilik darjah khas secara berpusat di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar Tinggi di sini bermula dari 3 hingga 6 Ogos lalu.

Utusan Malaysia Online: 11 Ogos 2009

Tiada ulasan: