“Jika tarikh (peperiksaan sekolah kerajaan) perlu dipinda, saya sebagai menteri akan mengkaji (semua) kemungkinan. Hanya jika keadaan tidak dapat dibendung,” katanya ketika ditanya berhubung perkara itu di akhir lawatan rasmi lima hari ke Perth.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berharap keadaan itu tidak ke peringkat itu.
“Kita tidak boleh membuat ramalan. Keadaan itu mungkin lebih baik minggu depan (siapa tahu). Saya tidak mahu membuat ramalan yang keterlaluan,” katanya.
beliau berkata, buat masa ini semua jadual peperiksaan umum sekolah berjalan seperti dijadualkan.
Ditanya kemungkinan pesakit mengambil peperiksaan di rumah masing-masing, Muhyiddin berkata, beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Muhyiddin berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah perlu untuk mengekang pandemik itu dan mematuhi peraturan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Antara langkah yang diambil ialah keputusan untuk meningkatkan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus membabitkan peruntukan tambahan RM20 juta dan garis panduan mengenai influenza yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan melalui pelbagai saluran termasuk media.
Muhyiddin berkata, hanya sejumlah kecil daripada 10,000 buah sekolah di seluruh negara sudah dijangkiti pandemik itu.
Katanya, orang ramai perlu mengetahui mengenai langkah berjaga-jaga, sebagai contoh, tidak menghadiri sebarang perhimpunan jika ia tidak mustahak.
myMetro: 10 Ogos 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan