JOHOR BAHRU: Seorang guru sekolah rendah berusia 27 tahun melakukan perbuatan jijik terhadap dua muridnya apabila menjadikan kanak-kanak berusia 12 tahun itu sebagai tempat pemuas nafsu songsang termasuk meliwat seorang daripada mereka.
Tindakan guru bersifat binatang itu terbongkar selepas bapa mangsa bertanyakan mengapa pelajar berkenaan tidak mahu mengikuti kelas tuisyen di rumah guru itu seperti biasa.
Bimbang dengan hukuman rotan bapa sendiri, pelajar terbabit akhirnya menceritakan kejadian sebenar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata kejadian dipercayai berlaku di rumah guru berkenaan di Tenggaroh Selatan 2, Kota Tinggi sejak Jun lalu dan berlarutan sehingga awal bulan ini.
Menurutnya, mangsa ke rumah guru berkenaan untuk mengikuti kelas tuisyen sebagai persediaan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama seorang lagi rakan.
“Namun minggu lalu, mangsa enggan mengikuti tuisyen seperti biasa sebaliknya berkeras mahu tinggal di rumah menyebabkan dia disoal bapanya,” katanya.
“Tidak tahan dimarahi, mangsa kejadian dia dan rakannya dipaksa melakukan seks oral manakala rakannya diliwat,” katanya.
Siasatan mendapati suspek berasal dari Muar, mengajar di sekolah mangsa dan baru melangsungkan perkahwinan Mac lalu.
Dia diminta hadir ke balai sebelum ditahan.
myMetro: 27 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan