Selasa, 7 Julai 2009

Hanya yuran khas dimansuh

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada SMS dalam ruangan akhbar ini 1 Julai lalu bertajuk `Yuran Tambahan dan PIBG � Garupale BHA14919'.

Untuk makluman, yuran yang dimansuhkan ialah yuran khas iaitu Yuran Khas Sekolah Rendah sebanyak RM4.50 dan Yuran Khas Sekolah Menengah sebanyak RM9.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak mengenakan sebarang yuran keahlian PIBG hanya membuat kutipan sumbangan dan ia tidak dipaksa dan tidak boleh dipaksa. Yuran tidak akan ditetapkan dan terpulang kepada PIBG untuk menentukannya berdasarkan kepada jenis serta jumlah aktiviti yang akan dilaksanakan dan latar belakang penduduk di sekitar kawasan sekolah.

Penyediaan cadangan bayaran lain persekolahan ditentukan melalui mesyuarat di antara pihak pengurusan sekolah dengan AJK PIBG.

Pihak sekolah hendaklah menyediakan surat makluman kepada ibu bapa mengenai jumlah bayaran lain yang dipersetujui di dalam mesyuarat agung PIBG. PIBG dan sekolah dikehendaki menggunakan budi bicara dengan memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang tidak mampu.

PIBG mempunyai perlembagaan yang diluluskan oleh Pendaftar Negeri yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 di dalam Akta Pendidikan 1996 (Muka Surat 217).

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Putrajaya.

Berita Harian Online: 7 Julai 2009

Tiada ulasan: