KUALA TERENGGANU: Empat pelajar yang terbabit dalam kejadian buli tidak akan diambil tindakan oleh polis sebaliknya mereka akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kes itu akan diserahkan kepada pihak sekolah dan polis sudah meminta guru disiplin supaya mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar berkenaan.
Menurutnya, semua yang terbabit tidak akan ditahan dan keterangan keenam-enam mangsa serta suspek sudah diambil selain dua guru sekolah mereka juga turut direkod keterangannya, kelmarin.
Katanya, kes itu juga tidak akan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan sebarang hukuman akan dilakukan pihak sekolah.
myMetro: 16 Julai 2009
Khamis, 16 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan