Isnin, 20 Julai 2009

23 SEKOLAH TERIMA PENGHARGAAN


IDRIS Jusoh (tengah) menyampaikan sijil penghargaan anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Besut kepada seorang pengetua


PENGHARGAAN... Sebanyak 14 sekolah menengah dan sembilan sekolah rendah di daerah ini menerima penghargaan kerana kecemerlangan yang dicapai dalam peperiksaan awam sepanjang tahun lalu.

Penghargaan itu disampaikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh pada satu majlis anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Besut (MKPB) di Pusat Jagaan Warga Emas Kampung Raja, semalam.

Sekolah menengah menerima penghargaan dalam 63 kategori melibatkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sementara itu, sekolah rendah menerima penghargaan dalam 11 kategori melibatkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Selain itu, Pejabat Pelajaran Daerah Besut turut menerima empat anugerah khas terbaik negeri dalam UPSR, tempat kedua PMR dan SPM dan johan keseluruhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Terengganu (MSSMT).

Idris semasa berucap pada majlis itu berkata, usaha MKPB dalam memupuk budaya dan pengembangan ilmu serta keprihatinan kebajikan di kalangan masyarakat seharusnya dipuji dan menjadi ikutan semua.

Utusan Malaysia Online: 20 Julai 2009

Tiada ulasan: