Selasa, 21 Julai 2009

Simulasi Peperiksaan UPSR 2009

SEKOLAH di seluruh negara melalui insiatif guru besar atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh melaksanakan Simulasi Peperiksaan UPSR 2009 di sekolah masing-masing pada 25 Julai ini.

Simulasi peperiksaan UPSR yang diusahakan portal pendidikan, Berita Harian, iaitu guru.net.my akan dijalankan serentak di seluruh negara pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Simulasi peperiksaan itu bertujuan mendedahkan calon suasana peperiksaan sebenar sekali gus menilai tahap persediaan untuk menghadapi peperiksaan serta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Pihak sekolah boleh menyelaraskan simulasi peperiksaan guru.net.my dengan menggunakan makmal komputer dan pusat akses sekolah.

Melalui kaedah itu pihak sekolah dapat mengumpul murid menjalani simulasi peperiksaan itu di sekolah masing-masing.

Penyelarasan itu boleh dilakukan dengan membuat pendaftaran dan pembayaran secara berkelompok.

Bayaran menyertai simulasi peperiksaan sebanyak RM10 bagi setiap peserta dan berkelompok boleh dibuat terus kepada Berita Harian.

Berita Harian akan mengeluarkan nama pengguna dan kata laluan secara berkelompok yang hanya boleh digunakan oleh setiap peserta di sekolah terbabit pada hari simulasi peperiksaan itu diadakan.

Pertanyaan mengenai pendaftaran dan pembayaran secara berkelompok boleh dibuat melalui talian 03-20569780 (Sabri Said).

Berita Harian Online: 21 Julai 2009

1 ulasan:

Yaya berkata...

Saya ingin tahu bagaimana saya boleh mendaftarkan diri ke Simulasi Peperiksaan.