Khamis, 8 Oktober 2009

'Berani kerana benar' - Guru saman pengetua selepas dakwa diri tertekan, dipulau


KERATAN Kosmo! semalam.





KUANTAN - "Berani kerana benar. Saya berjuang bukan untuk saya sahaja tetapi kepada semua guru yang mungkin menghadapi masalah sama di sekolah.''

Demikian tegas Rozilah Abdullah, 37, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota di sini semalam mengenai tindakannya memfailkan saman sebanyak RM228,000 terhadap pengetuanya sendiri.

Rozilah (gambar) telah mengajar subjek Ekonomi Asas bagi pelajar tingkatan enam di sekolah itu sejak empat tahun lalu.

"Saya malu kepada semua orang. Tiada siapa tahu kecuali suami bahawa saya sering menangis mengenangkan masalah di sekolah,'' katanya yang ditemani suaminya, Mohamad Redzuan Wahi ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kelmarin, Rozilah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pengetua sekolah, Aluwiyah Osman atas dakwaan Aluwiyah telah menjejaskan reputasinya sehingga ramai orang mengetahui dia adalah guru yang memperoleh laporan prestasi paling rendah di sekolah berkenaan.

Rozilah mendakwa Aluwiyah menuding jari ke arahnya dengan maksud dia enggan mematuhi perintah dan menyebabkan beliau menerima surat pengesahan tidak akan mendapat pergerakan gaji pada tahun ini.

Kosmo Online: 8 Oktober 2009

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya cikgu yang menyaman tu memang teruk. Cuba bayangkan sejak berada di SMK Seri Mahkota dari tahun 2006 – tahun 2008, memang tak pernah hadir meeting. Dan semasa dia sibuk mengusahakan perniagaan Mak Andam, dalam kelas, masa tu form 6, aku dan beberapa orang rakan lain telah melihat dengan mata kasar dia memang tak mengajar. Asyik berborak dengan pelajar. Kehadiran selalu lewat. Tak kiralah kalau lewat 5 minit sekali pun, lewat tetap lewat. Aku harap cikgu tu muhasabah diri dulu la.
Statement akhbar hari tu, dah minta kebenaran ketua jabatan dah ke? Silap2 kena tindakan tatatertib.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi, Buat pengetahuan semua pembaca maya, cikgu tu sebenarnya telah berkali2 diminnta mengisi borang prestasi pada tahun lepas. Borang pun tak diambil di pejabat. Akhirnya, pihak pejabat terpaksa menelefon beliau untuk menisi butiran nama dan ditandatangan. Butiran lain langsung tidak diisi. Habis tu macam mana pengetua nak beri markah? Empunya diri kena ingat apa yang telah anda katakan semasa menyain borang kosong tersebut: “Nak bagi berapa pun, saya tak kisah”…. Dah jadi begini, redha je lah..

Tanpa Nama berkata...

nilah namanya..sebab tak naik gaji nak saman menyaman...bukan nak betulkan prestasi...betulkan diri..cari dulu kesilapan sendiri...dan kena banyak bersabar dalam bidang pendidikan..bukan main serbu....masa belajar dulu tak belajar bersabar ker?...kan dah 13 tahun ngajar...apapun takkan tak tahu..kuasa kat sekolah pada siapa..apa lah salah bincang bebaik dgn pengetua..gunakan psikologi,...

Tanpa Nama berkata...

Tapi kes camnie memang banyak gak berlaku....
dan aku tertanya-tanya saper yang bagi komen nie...
entah-entah guru besar sendiri per....hahahahaha...Tapi apapun kebenarannyer hanya cikgu2 sekolah tue bleh bagi komen ler betul ker tak...
Sebenarnyer banyak kes yang melibatkan guru besar nie....
Antaranya guru besar pilih kasih, ikut telunjuk kerani (byk berlaku kes kes kerani lagi power (besar) dari guru besar/pengetua). mendengar pertuduhan dari sebelah pihak sahaja dan terus jatuhkan hukuman, orang mengampu depan2 pun x perasan2 lagi pasal per...pilih kroni, berat sebelah (asyik defence cikgu veteran jek), guru muda yang dibebankan dengan bermacam kerja, guru veteran rilek goyang kaki jek (orang lain pun ader anak gak weiiiii)...dan bermacam macam lagi kes yang x dapat dibayangkan...tue ler payahnyer kalu pengetua/guru besar pompuan nie...banyak emosional dari akal...sbb tue ler dalam islam pemimpin terdiri dari kaum lelaki....lagi mau bantah kaaaaa..hahahaha...apa aku merepek nie...!!!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau dah jadi camni..nak pegi sekolah pun malu..ker..tak malu...dua2 mungkin silap...ada baik dan buruk isu nie wujud...apapun..kalau nak jadi guru tanamkan dalam hati utk bersabar...dan nak jadi pengetua..tanamkan dalam diri jangan berat sebelah..biar badan berat jangan berat sebelah dalam mengadili sst per..dah jadi camni kan susah..sabar lah dua2 yg terlibat yer...

Tanpa Nama berkata...

sya ni bekas pelajar sekolah tu nk bagitahu la kan sebenarnya cikgu tu memang teruk di kalo mengajar abis di maki nyer pelar,mencarut la,ada ke patut di maki pelajar,itu bukan dapa seorang guru namanya,mak bapak kita antar nak gi sekolah bukan suruh kena maki tapi belajar,datang cikgu rozilah di makinya pelajar..semasa mangajar,ada ke patut seorang guru maki pelajar..memang patut pun dia dapat pretasi yang buruk,saya ni pun pernah kena maki ngan cikgi rozilah..cikgu-cikgu semua smk seri mahkota memang x suka dia.cikgu rozilah ni asalnya nya kena halau dari sekolah lain lepas tu di msk smk seri mahkota..cikgu ni memang x sedar diri laa..jgn pecaya ckap dia..wasalam

Tanpa Nama berkata...

hehe..bising2 aper dalam web ni... jawab jer kat mahkamah nanti... apapun gua respek cikgi ni...

aku kalu kene mcm sial ngan boss aku, aku saman jugak..apa aku pedulik... tapi setakat skrg, dia memang ok jer.. camanalah aku nak saman?

Tanpa Nama berkata...

aku bekas student cikgu tu dan juga bekas student pengetua tu.buat pengetahuan mahluk allah sorang tu, cikgu ni xpernah kene halau dari sekolah lame die.die mintak tukar sbb nak dekat sikit dari rumah.cikgu tu dulu mengajar dekat top ten sekolah in pahang.kalau sebut kat ktn ni,semua tahu sekolah tu adalah sekolah yang terbaik kt ktn ni.mmg cikgu dan student die kepala educated.yang pengetua tu pulak baru naik pangkat dr gpk.aha.jadi pengetua die rase dah bgs sgt sampai xboleh terima pembaharuan dan cdgn dr org bawahan.by the way,pengetua jugak yg aritu nasihat aku xpayah dtg exam akaun sbb aku akan hanya buat result sekolah jatuh ( aku ni bodo akaun ) sebagai seorang guru, patut ke dia nasihatkan aku mcm tu yer? nasib baik lah aku xikut ckp alawiyah tu.skrg molek je jd student thn akhir kt ipta.setahu aku cikgu rozilah ni xpernah mencarut.mulut die laser sikit tp mencarut mmg xpernah.knp masa mase die mgajar kt top school tu xder masalah lgsg ye?pelik jgk.pengerusan yg xbetul,cikgu2 nak kene ikut ke?kesian jgk cikgu2 kt seri mahkota.tapi amanlah sekarang alawiyah dah kene tukar,gpk dah kene tukar..pengurusan yang tak betul menimbulkan budaya yg xbetul jgk kt sekolah kan.nak2nyer guru btugas kene jaga toilet?hehe..ape kes??

Tanpa Nama berkata...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Tanpa Nama berkata...

sy bekas pelajar cikgu ni..dy ajar subjek ekonomi..dy xader pun maki2..ckgu ni memang pandai mgajar..bez blajar dgan dy coz care dy mengajar unik sangat..alhamdulillah..sy dpat A dlm subjek ekonomi coz ckgu ni..ckgu ni memang terbaik!

Unknown berkata...

Setau aku yg pernah sama2 kenal atas kenal dgn rerakan cikgu dr Pahang....cikgu ni memang excellent dlm P&P. X tau le skang ni kes dia camne.

Tanpa Nama berkata...

Guru bermasalah punca daripada guru besar yang tidak adil dan sikap pilih kasih. berlaku di sekolah saya jg. Seorang guru besar yg x profesional dan pilih kasih...ingat amanah allah yg anda pikul..

Tanpa Nama berkata...

Very daring! Tapi takut prestasi PBPP tahunan disabotaj oleh pengetua dan konco-konconya!
Baik lagi pengetua Melayu dari Pengetua Cina Bangsat!
Seperti yang saya kena! Malang betul! Saya terpaksa letak jawatan!
Cinabeng!

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama siapa? Banyak komen awak macam lebih tahu dari tuhan? Ada masalah ke dg guru tu?