Sabtu, 17 Oktober 2009

Perkhemahan dedah murid aktiviti luar

KUALA TERENGGANU - Seramai 100 murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas menyertai Perkhemahan Unit Beruniform 2009 di sekolah berkenaan.

Kem komanden perkhemahan, Mohd Sabdani Alias berkata, perkhemahan itu memberi pendedahan kepada murid mengenai aktiviti luar sebagai sebahagian keperluan pendidikan negara.

“Semua guru turut terbabit menjayakan perkhemahan dan sokongan daripada mereka amat menggalakkan kerana semua guru bersama sebagai satu keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berharap aktiviti perkhemahan itu dapat memberi kefahaman kepada murid bahawa kegiatan luar adalah :sebaha�gian keperluan yang dapat meningkatkan jasmani, emosi, rohani serta intelek.

Menurutnya, murid akan lebih berketerampilan dan mencapai kecemerla-ngan akademik serta kokurikulum, selain melahirkan generasi cerdas.

Selain itu, ia turut memberi keyakinan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.

Sabdani berkata, banyak aktiviti yang akan diadakan bagi mengisi masa, :bertu�juan mengelak murid melakukan kegiatan tidak memberi faedah.

Acara tahunan itu tidak berhenti setakat itu sahaja kerana peserta terbaik akan dipilih ke peringkat daerah pula.

“Perkhemahan ini juga langkah awal melatih murid hidup berdikari tanpa pengawasan ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar yang merasmikan perkhemahan berkata, kegiatan kokurikulum dikira untuk kemasukan ke sekolah asrama penuh dan institut pengajian tinggi (IPT).

Beliau menyokong sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum seimbang kepada murid.

Menurutnya, setiap badan beruniform mempunyai nilai yang dapat membentuk disiplin murid.

Sinar Harian: 17 Oktober 2009

Tiada ulasan: