KLANG – Kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Convent 2 berjaya muncul naib johan Pertandingan Cabaran Angkasa Peringkat Kebangsaan sekali gus mengharumkan nama sekolah buat julung kalinya.
Guru besar, Noriati Mohd Yusuf berkata, pertandingan anjuran Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi (Mosti), Agensi Angkasa Kebangsaan (Angkasa) dan juga Kementerian Pelajaran diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara.
Menurutnya, kedua-dua pasukan dari SK Convent (2) Klang dipilih mewakili Selangor di peringkat Kebangsaan yang diadakan di Planeterium Negara pada 4 hingga 8 Oktober lalu.
“Sebanyak 32 pasukan bertanding di peringkat suku akhir dan kedua-dua pasukan dari SK Convent (2) yang terdiri daripada Nur Fatin Aqilah Suharnizam, Elina Dass a/p Soosai Dass, Thivya Goh dan Tan Lin Ai adalah antara 16 pasukan yang telah bersaing di peringkat separuh akhir.
“Kesemua peserta diuji dalam bentuk kemahiran IQ , kecergasan dan saintifik. Selain itu, pasukan Tan Lin Ai dan Thivya Goh berjaya mara ke peringkat akhir dan bersaing dengan empat pasukan dari Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Johor,” katanya.
Menurutnya, pertandingan akhir yang diadakan pada 9 Oktober lalu memerlukan peserta membuat stimulasi pendaratan kapal angkasa di ISS dalam masa lima minit dan mengawal kenderaan khas “Range Rover” merakam gambar enam objek ditetapkan.
Sementara itu, majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Agensi Angkasa Lepas (Angkasa), Dr Subari Din Mustafa.
Sinar Harian: 17 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan