Jumaat, 23 Oktober 2009

PPSMI: PAGE mahu SK diberi pilihan

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) mahu sekolah aliran kebangsaan diberi pilihan untuk meneruskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, syor itu dibuat kerana bancian pihaknya di tujuh sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati purata sebanyak 97 peratus ibu bapa mahu sekolah anak-anak mereka diberi pengecualian daripada pemansuhan PPSMI.

Menurut beliau, sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2, SK Bukit Damansara, SK Seri Hartamas dan SK Taman Megah.

Katanya, sekolah lain adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, SMK (Perempuan) Sri Aman dan SMK Taman SEA.

''Kita bukan hendak membantah pemansuhan PPSMI, cuma kami mahu sekolah diberi pilihan kerana mereka mendapat faedah daripada pengajaran bahasa Inggeris,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Utusan Malaysia Online: 23 Oktober 2009

Tiada ulasan: