AWAL tahun ini, ramai lega dengan pengumuman kerajaan memansuhkan yuran persekolahan.
Masuk penggal kedua, ibu bapa mula menerima bil yuran yang perlu dibayar. Antaranya yuran PIBG, koperasi, kokurikulum, kegiatan agama, sukan, ujian dalaman dan lain-lain.
Anak saya di sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu menyuruh saya segera membayar yuran sekolah kerana tidak tahan leteran guru mendesak pelajar melunaskan yuran sekolah.
Antara tindakan guru terbabit mengumumkan nama pelajar yang tidak membayar yuran ketika perhimpunan.
Perbuatan sedemikian ibarat memeras ugut, memalukan, menjatuhkan maruah dan memberi tekanan terhadap pelajar, sama seperti apa yang dilakukan along dan pemungut hutang.
Tindakan sekolah yang tidak berbincang dan memberi penerangan berkenaan yuran amatlah dikesalkan. Alasan mereka perkara itu sudah dipersetujui PIBG dan dibenarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Hakikatnya kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui untuk apa yuran itu dipungut.
Pihak sekolah juga (Pengetua dan PK Hal Ehwal Murid) memberikan alasan meragukan antaranya kerajaan hanya menanggung yuran peperiksaan, tiada peruntukan yang diberikan kementerian, sekolah yang menanggung segala kegunaan pelajar, semua sekolah di Malaysia mengenakan yuran dan yuran yang dikenakan wajib dibayar jika tidak pelajar diminta bertukar ke sekolah lain.
MUSYKIL,
Bukit Diman, Terengganu.
myMetro: 26 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam.
Saya adalah penulis e-mel tersebut. Tindakan yang dilakukan pihak sekolah ekoran daripada aduan di media ini adalah :
1) Menyerang peribadi anak saya.
2) Memecat jawatan pengawas.
3) Mengganggu isteri saya di sekolahnya.
4) Tidak mahu berbincang dengan saya.
Jawapan yang diberikan pihak sekolah apabila saya ingin mengetahui untuk apa yuran itu diminta adalah, "awak tak perlu tahu kerana itu urusan sekolah" dan "kita akan bentangkan pada mesyuarat PIBG akan datang".
Buat PPD dan pengetua berkenaan, ibu bapa adalah pelanggan anda. Oleh itu wajarlah anda melayani setiap teguran atau pertanyaan dengan berlapang dada. Jangan gunakan polisi balas dendam dalam menangani krisis.
Catat Ulasan