Sabtu, 17 Oktober 2009

Komuniti Bestari bantu kecemerlangan murid

KARAI - Tidak hanya menitikberatkan aktiviti kemasyarakatan, Komuniti Bestari turut memainkan peranannya membantu murid supaya cemerlang dalam bidang pendidikan.

Atas rasa tanggungjawab itu, Komuniti Bestari dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Karai, mengadakan Program Kecemerlangan UPSR 2009.

Majlis penutup program itu yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lintang, Datuk Ahamad Fakeh Adam, dilakukan sejurus selepas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tamat.:

Pengerusi Komunti Bestari, Itamta Harun berkata, jika sebelum ini program klinik UPSR dijalankan bersama beberapa sekolah lain di kawasan berdekatan, tetapi tidak bagi tahun ini.

Menurutnya, bagi memberi fokus kepada keputusan lebih cemerlang kanak-kanak di kawasan itu, program dikhususkan kepada SK Karai sahaja.

“Tahun ini kita tidak melibatkan sekolah lain dan hanya tumpukan perhatian kepada sekolah ini sahaja. Dengan harapan keputusan yang diperoleh calon kelak akan lebih memberang�sangkan kerana kita lebih fokus kepada mereka.

“Kerjasama guru dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dan kita hanya membantu serba sedikit sahaja melalui program ini,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Kecemerlangan UPSR 2009, di sini.

Beliau berkata, melalui sumbangan daripada pejabat penerangan Parlimen, Komuniti Bestari akan terus mengambil berat dan menyumbangkan tenaga menjayakan program berbentuk pendidikan serta kemasyarakatan.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan pihak jabatan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah supaya tiada penduduk yang keciciran dan sama-sama dapat berkongsi maklumat mengikut perubahan semasa.:

“Seperti program ini, pihak kami bersama-sama SK Karai membantu meningkatkan taraf pendidikan dan kecemerlangan murid,” katanya.

Sinar Harian: 17 Oktober 2009

Tiada ulasan: