KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran bersetuju menyediakan 300 tempat kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah Tamil mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) tahun ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC, berkata parti itu sudah memohon Kementerian Pelajaran supaya memberikan peluang kepada sekurang-kurangnya 500 GSTT di sekolah Tamil bagi mengikuti KDC untuk tahun ini.
“Ini berikutan terdapat kira-kira 1,000 GSTT di sekolah Tamil dan kebanyakan mereka tidak memiliki ijazah,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, walaupun ramai daripada guru itu tidak memiliki ijazah, mereka berminat meneruskan karier sebagai guru terlatih. — Bernama
myMetro: 24 Oktober 2009
Sabtu, 24 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan