Sabtu, 17 Oktober 2009

Kementerian kaji cadangan

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk surat Kecewa, Kedah bertajuk 'Tagih cuti hujung minggu' yang disiarkan ruangan ini, 12 Oktober lalu. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kementerian tidak menganiaya petugas peperiksaan.

Takwim peperiksaan awam 2009 dibentangkan pada Mesyuarat Profesional KPM pada 7 Januari lalu. Mesyuarat menerima pembentangan LPM bagi mengadakan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 7 hingga 9 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober lalu.

Peperiksaan pada Jumaat tidak dapat dielakkan kerana kesuntukan masa untuk memeriksa skrip 475,182 calon PMR. Pengendalian PMR pada Jumaat hanya membabitkan kertas Geografi 1 yang bermula jam 8.10 hingga 9.25 pagi. Petugas mengawasi peperiksaan 1 jam 15 minit saja. Selepas itu, petugas boleh menyambung cuti rehat.

Lembaga Peperiksaan mengalu-alukan cadangan atau pendapat untuk penambahbaikan pengendalian peperiksaan. Cadangan pengadu mengkaji penjadualan peperiksaan awam bermula Isnin hingga Khamis dibincangkan pada mesyuarat nanti.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

Berita Harian Online: 17 Oktober 2009

Tiada ulasan: