Pemangku Ketua Polis Nusajaya, Deputi Superintendan Razak Md Said, berkata keempat-empat suspek itu ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan M. Periasamy yang mengajar di SJK (T) Masai.
Guru berusia 27 tahun itu yang dilaporkan hilang minggu lalu, ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dan luka tetakan di ladang sawit di Kangkar Pulai, dekat sini, Sabtu lalu.
Difahamkan mangsa mungkin dibunuh berikutan hubungan dengan seorang wanita.
Mayat Periasamy dihantar ke kampung halamannya di Sepang untuk dikebumikan.
Seorang daripada rakan setugasnya yang enggan dikenali, berkata mendiang seorang guru yang berdedikasi dan sentiasa memastikan para pelajarnya mencatat pencapaian cemerlang.
Beliau berkata Periasamy mengajar mata pelajaran lukisan, pendidikan jasmani dan matematik sepanjang tempoh tiga tahun di sekolah itu.
Razak menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline polis 07-221 2999 atau balai polis berhampiran. - Bernama
Berita Harian Online: 15 April 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan