KOTA BHARU 8 April - Polis Kelantan menahan tiga orang termasuk seorang guru dan sedang memburu berpuluh-puluh lagi suspek kerana disyaki terbabit merusuh di luar Stadium Sultan Muhammad IV dekat sini, malam tadi.
Mereka yang ditahan adalah seorang guru, penuntut institusi pengajian tinggi serta seorang pelajar ketika sedang bertindak aggresif termasuk membaling mercun dan batu-bata di luar stadium.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah melihat semula video yang dirakamkan ketika kejadian dan telah mengenal pasti individu yang terbabit.
"Mereka kini sedang diburu bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini.
Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu iaitu selepas perlawanan Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan itu, tiga cedera termasuk dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel akibat dibaling dengan batu-bata. - Utusan
Utusan Malaysia Online: 8 April 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan