Katanya, pertandingan seperti ini adalah satu kaedah bagi membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris serta memupuk kemahiran itu dalam diri mereka.
“Saya akan menghantar surat siaran kepada pengarah pelajaran negeri supaya memaklumkan kepada semua sekolah untuk mengambil bahagian, dan saya suka melihat ada sekolah di kawasan luar bandar ataupun pedalaman turut menyertainya.
“Tidak kira sama ada menang atau kalah, yang penting ialah semangat untuk berusaha meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pertandingan sebegini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pertandingan itu di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD) di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Kumpulan NST Sdn Bhd, Datuk Syed Nadzri Syed Harun; Pengarah RHB Capital Berhad, Datuk Faisal Siraj; Ketua Pegawai Operasi RHB Capital Berhad, Norazzah Sulaiman dan Guru Besar SKBD, Zarina Jamil.
Pertandingan peringkat negeri SIR Challenge 2009 akan bermula di Negeri Sembilan pada 2 dan 3 Mei, sebelum dijadualkan berakhir di Perlis dan Pulau Pinang, 11 dan 12 Julai, disusuli pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos depan.
Sementara itu, Syed Nadzri ketika berucap berkata, pertandingan SIR Challenge bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan generasi muda negara ini.
Tahun lalu, katanya, pertandingan itu menarik penyertaan seramai 1,959 pelajar membabitkan 283 sekolah menengah dan 207 sekolah rendah.
“Sebagai akhbar harian bahasa Inggeris yang berpengaruh, NST menjadi sumber berita dan pendapat kepada pembaca. Justeru, kami sentiasa komited untuk membantu usaha kerajaan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di kalangan generasi muda negara ini,” katanya.
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, hubungi talian 03-22823131 sambungan 5107/5111 atau 012-5231148 (Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 5 petang) atau layari laman web: www.nst.com.my/SIR.
Berita Harian Online: 18 April 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan