Isnin, 24 Mei 2010

Bahagian Pendidikan pastikan kesaksamaan gender di kalangan guru tercapai

2010/05/24

MERUJUK rungutan ‘Zulfazlan Jumrah, Universiti Putra Malaysia’ yang disiarkan ruangan ini 29 April lalu bertajuk ‘Kaji semula syarat layak pemilihan guru lelaki’.

Kementerian Pelajaran menetapkan calon yang berminat dalam bidang perguruan sama ada program lepas ijazah iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau program lepasan SPM iaitu Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) perlu melepasi syarat asas, tambahan dan kriteria pemilihan. Di samping itu, usaha menyeimbangkan kesaksamaan gender juga dibuat ketika temu duga dan pemilihan calon.

Walaupun jumlah wanita separuh daripada penduduk negara, dalam bidang perguruan kadar wanita masih mendahului lelaki. Bagi memilih calon guru kesaksamaan gender amat sukar dilaksanakan kerana wanita lebih ramai meminati bidang perguruan berbanding lelaki. Menjadi harapan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran isu gender diseimbangkan.

Namun, keadaan terkini ialah kadar guru perempuan melebihi lelaki, masih menjadi isu yang sedang diatasi.

Potensi, bakat dan kebolehan unik lelaki sebagai guru dapat dioptimumkan demi kecemerlangan pendidikan serta hasrat kerajaan melahirkan guru berkualiti. Bahagian Pendidikan Guru akan memastikan hasrat kesaksamaan gender yang dirancang berjaya dicapai.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 24 Mei 2010

Tiada ulasan: