KUANTAN 13 Mei – Festival Hari Guru 2010 yang berlangsung di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini bermula hari ini hingga 16 Mei nanti, dijangka menarik kedatangan lebih 10,000 pengunjung.
Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, sebanyak 200 gerai pameran membabitkan pelbagai agensi pendidikan awam dan swasta disediakan di ruang legar dan pekarangan kompleks tersebut.
Beliau berkata, ini kali kedua Kuantan menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan selepas menganjurkannya buat kali pertama 13 tahun lalu.
Katanya, pelbagai acara dan program diatur oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kumpulan Utusan sepanjang festival dan sambutan Hari Guru Ke-39 pada tahun ini.
“Kita juga telah mendapat komitmen tinggi daripada kerajaan negeri yang akan menyediakan jamuan makan malam negeri Selera Inderapura di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah pada Sabtu ini.
“Jamuan itu yang bakal mengetengahkan menu-menu tradisional Pahang dijangka dihadiri oleh 2,000 jemputan,” katanya kepada pemberita di ECM di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, pada majlis jamuan itu juga, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang merupakan tetamu kehormat akan melancarkan buku Pahit Manis Di Bumi Tok Gajah hasil karya bekas-bekas guru yang pernah berkhidmat di negeri ini.Utusan Malaysia Online: 14 Mei 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan