HARI Guru 2010 di Kuantan, Pahang membuktikan bahawa guru masih releven di hati masyarakat dan martabatnya terpelihara dalam acuan emas yang paling berkilauan.
Di Kuantan, semua pihak meraikan Hari Guru - daripada pemimpin politik kerajaan pembangkang, kanak-kanak, remaja, Cina, Melayu, India dan segenap pelosok warga daripada pelbagai latar belakang
Itulah kuasa seorang guru.
Sekalung tahniah kepada jawatankuasa pengelola, di perirgkat sekretariat, dan jawatnkuasa pemandu - khususnya kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang sebagai tuan rumah yang telah menunjukkan komitmen 101 peratus kepada sambutan yang cukup gemilang dalam semua acara di bawah seliaannya.
Dalam keadaan genting dan mencabar, mereka berjaya menanganinya dengan cukup profesional dan berhemah.
Mereka tetap bediri teguh dan tidak berganjak daripada medan pertempuran kerja. Sewaktu acara pidato pelajar yang tertangguh sehingga 10.30 malam, para pegawai JPN Pahang tidak mengeluh sedikit pun.
Semangat waja yang ditunjukkan menjadikan saya cemburu, dan ingin mencntohi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh mereka.
Saya mempelajari bahawa kejayaan kepada sesuatu usaha banyak bergantung kepada semangat setiakawan yang tinggi, Jangan cepat mengalah dan melatah, tidak melihat kepada keburukan orang lain, dan bertenang sewaktu berada dalam keadaan yang kritikal.
Sudah tentulah semangat kreatif dan inovatif turut menjadi benang sulaman yang cukup kental bagi menghadapi segala tentangan.
Kepada pempamer, tabik kepada anda semua kerana anda telah menunjukkan komitmen yang cukup baik, meladeni pengunjung dengan cukup ramah dan sabar dengan masalah yang berlaku pada ketika itu.
Dengan inisiatif pameran dan festival yang disertai oleh lebih 200 pempamer daripada segenap lapisan masyarkat dan industri, maka jelaslah bahwa sambutan Hari Guru sangat relevan dan masih perlu diadakan dalam apa juga keadaan dan bentuknya - meriah atau tidak, kecil, besar rasmi, tidak rasmi atau sebagainya.
Atas kesedaran ini, maka Utusan Malaysia sebagai penganjur yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengendalikan Festival Pendidikan Hari Guru pada 2009 dan 2010 cukup komited dengan sambutan dan cuba memperbaiki dan mewujudkan keberadaan program supaya kehadirannya dirasai oleh segenap pelosok masyarakat.
Dengan sumber yang terhad dan semangat yang tinggi, Festival Hari Guru 2010 berjaya dilaksanakan sepanjang 13 Mei sehingga 16 Mei lalu.
Semoga pada masa akan datang, sambutan Hari Guru terus diraikan dengan bersungguh-sungguh supaya masyarakat turut bersama-sama memartabatkan profesion itu.
Yang lebih penting lagi, guru dapat bermuhasabah diri pada Hari Guru, dan menjadi guru yang berkesan dan dapat membina negara bangsa.
Dengan izin Allah, berjumpa lagi di Perak pada 2011.Utusan Malaysia Online: 17 Mei 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan