Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/05/21
Mangsa dakwa diajak tonton filem lucah sebelum dirogolSIBU: Seorang guru lelaki didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bungan, Dalat, kira-kira 80 kilometer dari sini, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.
Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya.
“Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa di Hospital Sibu pagi tadi (semalam) mendapati tidak berlaku sebarang unsur rogol dengan kita meminda kes berkenaan kepada cabul,” katanya ketika dihubungi.
Suspek yang bertugas hampir 10 tahun di sekolah itu dikatakan berkahwin dengan isterinya yang juga bekas anak muridnya tahun lalu.
Shafie berkata, empat lagi mangsa mendakwa dicabul suspek selepas dipanggil menemuinya di makmal sekolah, namun diberi amaran agar tidak memaklumkan kejadian berkenaan kepada guru lain.
“Perbuatan suspek hanya diketahui selepas seorang mangsa yang juga adik iparnya memaklumkan kejadian kepada seorang guru wanita sekolah berkenaan awal minggu lalu.
“Kita akan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah bagi menahan suspek untuk siasatan berikutan kawasan berkenaan terletak di bawah jagaan pejabat polis berkenaan,” katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari Pegawai Pelajaran Daerah Dalat semalam dan menyerahkan kes itu kepada polis.
Katanya, jika didapati bersalah, JPN akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung guru berkenaan sebelum boleh membuangnya.
Berita Harian Online: 21 Mei 2010
9 ulasan:
Harap-harap guru itu bukan guru pj.hehe..Walau guru subjek apa sekalipun, kejadian seperti ini tidak patut berlaku dan tetap memalukan golongan guru@merosakkan nama baik dan kemuliaan guru.
Kalau benar guru seperti ini melakukannya, hukumlah dia. Orang2 begini yang mencalarkan maruah guru!
ini sebablah lelaki tidak layak jadi cikgu. harapkan pagar, pagar makan padi!! kita hantar anak ke sekolah dengan harapan yang besar, tapi oleh kerana guru lelaki yang tak guna betul ni, hancur masa depan si anak gadis..sampai ke mati peristiwa hitam ini takkan luput dari ingatan mereka. beringatla wahai kaum LELAKI..tugas anda hanya mengajar pelajaran sekolah bukannya nak mengajar pelajaran SEKS!!
wahai pemehati guru,Saya akui kata-kata anda kerana marah atas apa yg berlaku namun,perlu anda ketahui tidak semua lelaki begitu. Saya juga lelaki.Anda tidak boleh menghukum semua lelaki dari menjadi guru hanya kerana guru ini.
Kita pernah mendengar kisah seorang jaga yang merogol seorang murid tahun 2 jika saya tidak silap.
Perlukah kita kata, lelaki tidak layak jadi jaga?
Seorang lelaki bekerja di bank mengambil duit penyimpan sebanyak 1sen untuk setiap akaun.
Perlukah kita kata,lelaki tidak layak jadi pegawai bank?
Be rasional!
Mungkin, ibu bapa seperti anda yg cepat melenting apabila guru memberi hukuman dek kerana anaknya membuat kesilapan.
wahai guru juga, sayapun guru juga. kenapa pula nak babitkan Pak Jaga dan pegawai bank.topic kita pasal guru yang dianggap pagar tapi pagar tak boleh harap.saya bujangla guru juga..
saya sedihh :( dengan nasib anak gadis yang dicabul itu..bayangkan bagaimana perasaan si anu yang dicabul oleh bekas pemimpin negara yang masih dalam kes mahkamah sekarang ini. apa jadikk?
Itu lelaki dewasa yang dicabul,bolehla tutup mata dan telinga, tetapi bagaimana dengan anak gadis yang masih dara??
sebab pemerhati kata lelaki tak layak jadi guru.
Actually,yg paling tepat bukan lelaki tetapi guru yg mencabul seperti ini x layak jadi guru...
I copy and paste here what u said before
.."ini sebablah lelaki tidak layak jadi cikgu. "
I bg komen sb ayat di atas...
Anda menulis seolah2 anda memberi gambaran semua lelaki jahat?Berapa ramai guru lelaki yg membuat keje tak bermoral seperti ini?
statement anda sebelum ini merujuk kepada perkataan lelaki...
Pak jaga dan pekerja bank tu saya nak memberi contoh agar anda faham lelaki juga memainkan peranan dalam kebanyakkan pekerjaan.
Nurse pun sekarang ada lelaki...
Yg baik, kita ikut. Yg buruk, jangan la sokong.
Saya sokong.
Kalau ada perempuan yg menjual anaknya, tak kan kita nak kata perempuan x layak jadi ibu...
mestilah kita kata perempuan yg menjual anaknya ini tak layak jadi ibu..
Perempuan lain tak termasuk.
Ada perbezaan antara ayat pertama dan kedua cikgu...
wah! hebat cikgu2 nie yer..
so, siapa yang kecoh sebenarnya, lelaki kah perempuan?
guru juga, jangan dilayan.nampak pemerhati guru sudah lari daripada topik.
Catat Ulasan