|
|
PUTRAJAYA 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani kad ucapan sempena sambutan Hari Guru, Ahad ini, di pejabatnya di sini.
Turut menandatangani kad itu ialah timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri yang lain pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat mingguan Kabinet bermula.
Acara menandatangani kad ucapan berukuran 24x16 inci itu dibuat sebagai tanda terima kasih Perdana Menteri bersama timbalannya dan menteri-menteri Kabinet terhadap khidmat bakti guru-guru di seluruh negara.
Sebaik sahaja menandatanganinya, Najib bersama Muhyiddin serta menteri-menteri Kabinet menyampaikan ucapan ringkas "Selamat Hari Guru, cikgu!".
Kad yang ditandatangani itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang. - BERNAMAUtusan Malaysia Online: 13 Mei 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan