Khamis, 27 Mei 2010

Persepsi berbeza lirik lagu Guru Malaysia

2010/05/27

SAYA ingin mengulas pandangan ‘Cikgu Amran dari SK Bahagia, Kota Bharu’ mengenai lirik lagu Guru Malaysia yang disiarkan ruangan ini 18 Mei lalu.

Dalam surat itu, Cikgu Amran menjelaskan lirik ‘Rukun Negara kita panduan hidup kami semua’ tidak sesuai kerana panduan hidup bagi orang Islam sama ada bergelar guru atau tidak bukanlah pada Rukun Negara tetapi panduan hakiki ialah pada al-Quran dan al-Hadis.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Saya juga seorang guru, secara ringkas cuba kita lihat baris lirik lagu itu ‘Rukun Negara kita panduan hidup kami semua’.

Rukun Negara dimaksudkan iaitu lima rukun yang sentiasa ada pada setiap buku tulis anak murid kita. Cuba lihat Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Negara Malaysia hidup berbilang kaum dan mempunyai anutan agama masing-masing. Kepercayaan kepada Tuhan adalah mengikut agama masing-masing.

Oleh itu, tidak salah bagi saya lirik itu dinyanyikan, terpulang kepada setiap individu menafsirkan lirik berkenaan. Semoga semua guru Malaysia terus bersemangat dalam membantu melahirkan modal insan seimbang dan harmoni. Terima Kasih cikgu.

GURU MALAYSIA,
Kuala Lumpur.

Berita Harian Online: 27 Mei 2010

Tiada ulasan: