2010/05/11
SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan, pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata dasar itu dijangka mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar dari segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain.
"Kementerian sedang menimbang untuk menambah baik dasar bagi guru yang mengajar di pedalaman, yang kini menerima elaun kesusahan RM1,500 sebulan disebabkan kos pengangkutan yang tinggi," katanya pada majlis dialog dengan guru dan anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Sacred Heart, di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, satu kajian juga perlu dilakukan berhubung keperluan guru di pinggir bandar dengan mengambil kira pembangunan infrastruktur 10,000 sekolah di seluruh negara, termasuk 1,500 di Sarawak. – Bernama
Berita Harian Online: 11 Mei
Tiada ulasan:
Catat Ulasan