2010/05/18
SABAN tahun pada tanggal 16 Mei adalah hari yang istimewa khusus kepada pendidik seluruh negara. Pada tanggal keramat inilah diisytiharkan sebagai Hari Guru peringkat nasional dalam usaha memperingati pengorbanan dan jasa guru mendidik anak bangsa.Pelbagai acara diatur pada peringkat kementerian, jabatan dan sekolah bagi merayakan Hari Guru ini. Bermula dengan pembacaan pelbagai perutusan hinggalah ke dendangan lagu Guru Malaysia yang sudah menjadi kemestian setiap kali perayaan Hari Guru.
Lirik yang saya maksudkan ialah Rukun Negara kita panduan hidup kami semua. Lirik ini tidak sesuai kerana panduan hidup bagi orang Islam sama ada bergelar guru atau tidak bukanlah pada Rukun Negara tetapi panduan hakiki ialah pada al-Quran dan al-Hadis dan ditambah dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Inilah yang menjadi pegangan seseorang Islam untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Saya berpendapat lirik ini perlu diubah kepada lirik lebih bersifat terbuka dan tidak menampakkan kepincangan jika dinilai dari sudut agama. Bagi saya sebagai seorang guru, saya tidak menyanyikan lirik ini apabila menyanyikan lagu Guru Malaysia.
AMRAN MN, SK Bahagia,
Kota Bharu
Berita Harian Online: 18 Mei 2010
1 ulasan:
Ya..betul tu ramai yang tak perasan,kena ubah lirik lagu tu.Rukun negara bukan panduan hidup orang Islam...al Quran dan Hadis saja
Catat Ulasan