Ahad, 2 Mei 2010

Kesatuan guru mohon ditimbang 11 insentif

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menyenaraikan 11 insentif bagi golongan pendidik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Penetapan insentif berkenaan dibuat pada Mesyuarat Khas Memartabatkan Profesion Perguruan yang diadakan oleh Kongres hari ini untuk dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran.

Presiden Kongres, Jamale Paiman berkata, insentif itu termasuk mewujudkan kaedah perkhidmatan bersepadu guru lulusan diploma dan ijazah, penambahbaikan struktur Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kenaikan pangkat pegawai pendidikan lepasan diploma (PPLD), mewujudkan gred tambahan DGA40 dan penambahan staf sokongan.

Menurutnya, permohonan insentif itu telah dikemukakan dua tahun lepas dan pernah dibincangkan di peringkat menteri.

''Perkara yang dipohon merupakan kaedah terbaik dalam membentuk laluan kerjaya di sektor pendidikan. Ia bertujuan mengurangkan beban tugas guru,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.

Tambah Jamale, Kongres turut bersetuju supaya Kementerian Pelajaran mempertimbangkan untuk mempercepatkan pengesahan jawatan gred DGA34 dan DGA48, memperluaskan gred DG38 untuk guru besar dan pengelola cemerlang kepada semua jawatan manakala kedudukan pegawai pendidikan daerah (PPD) pada gred DG52 dan DG54.

''Di samping itu, kami berharap kementerian tidak meletakkan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam Kementerian Pelajaran serta mengambil semula guru bagi program pengajian Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF).

''Kami juga berharap kerajaan mengkaji peruntukan tuntutan perjalanan para pegawai kerana jumlahnya yang rendah menjejaskan tugasan pemantauan dan penyeliaan yang lebih kerap,'' katanya.

Utusan Malaysia Online: 2 Mei 2010

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA CADANGKAN agar KPM berilah insentif yang boleh dinikmati oleh 80%-90% guru BUKANNYA untuk segelintir guru SHJ. Naik pangkat, gred baharu..... hanya tak sampai 10% guru yg menikmatinya.
YG LAIN_LAIN CAMNA? Dengar sahaja????

Tanpa Nama berkata...

tu namanya asal ada...kita siapa???

Tanpa Nama berkata...

Tolong ambil berat pasal kami GC memangku Julai 2008...sampai sekarang masih memangku...sedangkan tempoh pemangkuan hanya 6 bulan sahaha. Tak selesaipun urusan kenaikan pangkat kami, sekarang urusan GC 2010 telah dijalankan...maka berlambaklah GC yang bertaraf memangku nanti.

Kami harap BSM KPM dapat menyelesaikan masalah kami bukannya menjadikan isu tiada KS BSM untuk membuatkan kami terbelenggu dengan satu jawatan yang tak pasti, sekaligus 'memudarkan' semangat kami untuk mendidik anak bangsa.

Malah kami pula sering diperli rakan-rakan yang telah mendapat kenaikan pangkat secara time based kerana kelemahan sistem fast track yang dicanang-canangkan oleh KPM.



Sekian.

Cikgu Nazir berkata...

Oh ingatkan ada perkara atau hujah yg lebih konkrit. Rupanya alasan dangkal iaitu x tahan DIPERLI... hmm setujulah berat kes ni... KPM tolonglah dia ni dh x tahan kena perli. Harap segera amik tindakan!

Tanpa Nama berkata...

Tidak faham mengapa kini terlalu banyak guru yang tidak mengerti..niat dan kesungguhan, tampak terlalu berbeza..hasil yang dikecapi dengan permintaan yang dikemukakan..terlalu besar jurangnya wahai guru.

Suatu masa dahulu perjuangan adalah untuk mendidik anak bangsa, memastikan setiap tulisan mampu dibaca, memastikan pemimpin dapat dilahirkan, memastikan kesinambungan ilmu dapt dipanjangkan..

Tidak dinafikan pada masa kini terdapat banyak cabaran baru dihadapi selain mendidik anak bangsa. Kerja-kerja pentadbiran, kerja-kerja kurikulum dan berbagai lagi aktiviti luar yang perlu dilaksanakan.. tetapi, berapa ramaikah guru yang benar-benar memberi komitmennya dalam mencapai semua ini? Ya, hanya segelintir..dan hanya segelintir inilah yang perlu diberikan bantuan atau elaun tambahan bagi memastikan usahanya tidak sia-sia, bagi memastikan kerja terus dilaksanakan..

Pujian dan hormat buat semua guru-guru yang memerah tulang empat kerat berusaha mengajar setiap hari, semoga doa pelajar bersamamu setiap hari..percayalah, apa yang telah ada ini sebenarnya lebih daripada cukup..cerminlah situasi semasa, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan masalah semasa di negara jiran..di manakah kita dalam membantu mendokong sebuah negara yang stabil?

Adakah kita mampu mendapat walaupun1 insentif sekiranya bekerja di syarikat swasta? adakah kita sedar negara sedang berhempas pulas menstabilkan ekonomi semasa? Adakah kita benar-benar yakin kita layak menerima 11 insentif tersebut dengan usaha yang kita lakukan setiap hari kini?

syukur..

Tanpa Nama berkata...

saya sudah membaca artikel berkaiatan nasib guru dengan cadangan 11 insentif. saya tidak dapat memahami sepenuhnya kerana tidak diterangkan secara terperinci tetapi saya sedikit boleh memahaminya dan rumusan dari saya ialah insentif ini lebih memberi faedah besar kepada kumpulan kumpulan guru bukan siswazah sementera guru-guru siswazah akan menerima nasib yang sama seperti semasa kesatuan memperjuangkan tanggagaji gaji guru di mana kumpulan bukan siswazah mendapat 25 % manakala guru-guru siswazah 15 % sahaja. Akibat daripada itu gaji guru-guru siswazah dilangkau atau sebelum 1.7.2007 ada tanggagaji guru siswazah lebih tinggi antara 200 hingga 300 lebih daripada guru bukan siswazah tetapi dengan semakan gaji baru, tanggagaji guru-guru siswazah pula dilangkau dengan nilai yang lebih tinggi 100 hingga 300 ringgit.Ada juga alasan bahawa tanggagaji akhir(mati) guru-guru siswazah lebih tinggi berbanding guru-guru bukan siswazah "BETUL", tetapi adakah semua guru siswazah sampai ke tanggagaji akhir. Mungkin guru mudah siswazah boleh sampai ke tanggagaji akhir tetapi bagaimana dengan guru-guru siswazah/ppld. Mereka rata-rata sudah berkhidmat antara 10 tahun ke 20 tahun dalam PPLD dan hanya masuk ke kumpulan siswazah setelah umur mereka menghampiri atau atas 40an malah ada guru yang sambung belajar sesudah berumur 50 tahun ke atas.
Jadi, bagaimana kita memberi keadilan bagi sejumlah guru ppld/siswazah ini?

saya haraap 11 insentif yang dikemukan ini meliputi semua kumpulan guru dan tolong berikan perhatian kepada kumpulan guru ppld/siswazah 41/44 yang jauh ketinggalan dari segi tanggagaji dan jawatan.

Guru PPLD/SISWAZAH KOTA MARUDU

Tanpa Nama berkata...

cikgu nazir...awk tu tahu tak GC tu aper.... kami telah dinilai dan diiktiraf jadi kenapa menafikan hak kami tentang pengesahan dari pemangkuan kami.

jika benar masalah kewangan...kenapa masih dibuat pengambilan GC baru untuk penilaian...

lain kali cakap kena fikir dulu...

guru lama berkata...

Guru perlu bersatu. Janganlah si A mengata si B.Si B mengata si C. Jika begitu, sampai bila pun kita tidak dihormati.

Cuba lihat kesatuan ptd.Mereka bersatu tidak mengira gred.

Niat yang baik, Allah akan berkatkan rezeki kita.

Nizar_Ryza berkata...

harap2 NUTP dan lain2 kesatuan guru tak jadi seperti cuepacs yang cuma tahu membela golongan sokongan/bukan siswazah sahaja.

awas dgn cikgu Nazir itu, dalam blog cuepacs dialah selalu menghentam guru itu dan ini

Tanpa Nama berkata...

Bersatu..itu adalah langkah terbaik dalam mendapatkan penghormatan dan permohonan bagi apa yang kita layak..Setuju

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberepa pendekatan lain yang perlu diteliti oleh kita bersama-sama untuk kembali dihormati..kita juga hendaklah bersatu..bersatu untuk memberi tunjuk ajar, bersatu untuk berkongsi pengalaman, bersatu untuk membentuk jatidiri dan mentaliti guru-guru baru..agar turut sama bersatu untuk mengembalikan martabat dan kualiti perkhidmatan guru...terlebih dahulu

syukur..dan bersatu..

Tanpa Nama berkata...

Seperkara yang kementerian perlu selesaikan ialah kedudukan gred di sekolah rendah yang kucar kacir GB(DG32/DG34/DG38) sedangkan guru akademik ada yang DG41/DG44 mengapa perkara ini boleh berlaku ini menunjukkan kementerian pelajaran tidak dapat menyusun strukturkan perjawatan sektor pendidikan berbanding kementerian lain yang mengikut taraf/gred masing-masing...perkara ini jika terus berlanjutan akan menyukarkan sektor ini suatu masa nanti...janganlah nak menjaga hati sesetangah pihak kita membelakangkan peraturan yang kita buat sendiri kemeterian perlu tagani isu ini dengan lebih berhemah dan profesional.....

Tanpa Nama berkata...

Apa relevennya injin kereta Perodua Kancil ditukar dengan injin Perodua Kembara sedangkan injin yang sedia ada pun sudah cukup kuat dan gagah, bukankah itu membazir namanya. Apa perlunya guru siswazah mengajar murid sekolah rendah lebih-lebih lagi murid Prasekolah sedangkan kualiti pengajarannya tidak lebih baik daripada guru bukan siswazah. Jika bertujuan untuk memberi gaji yang tinggi, naikkan saja gaji semua kakitangan (guru) bukan dengan cara yang menimbulkan kecelaruan dalam sistem sehingga gred guru-guru lebih tinggi berbanding Guru Besar dan Penolong Kanan. Jika kita lihat mutu pengajaran antara guru siswazah dengan guru bukan siswazah adalah sama malahan terdapat guru bukan siswazah lebih baik daripada guru siswazah, jadi kalaulah ada perjuangan yang mungkin dilihat melebihkan guru bukan siswazah janganlah dibangkang. Sesungguhnya kalau kita amati manfaat dan peluang yang ada adalah lebih kepada guru siswazah.

Rubin berkata...

Guru mesti bersatu agar setiap perjuangan berhasil. Janganlah Guru Siswazah dan Guru PPLD/Siswazah memandang rendah kepada Guru Bukan Siswazah/PPLD kerana Guru Bukan Siswazah/PPLD juga mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik malah jauh lebih baik berbanding Guru PPLD/Siswazah. Tentu Guru PPLD/Siswazah masih atau pura-pura lupa, dahulu ketika kamu belajar di Universiti, setiap hari Jumaat kamu akan tinggalkan sekolah dan kelas kamu akan diambil-alih oleh Guru PPLD yang tak pergi belajar agar Proses P&P masih dilaksanakan tanpa kamu. Dan sedarkah kamu wahai Guru PPLD/Siswazah bahawa banyak masa yang kamu meninggalkan kelas secara tak langsung kamu telah kurang bertugas tetapi masih menerima gaji penuh sedangkan Guru Bukan Siswazah/PPLD yang menggantikan kamu mengajar murid masa ketiadaan kamu di sekolah tak sedikit pun menerima bayaran lebih, masih gaji seperti biasa. Tahukah kamu wahai Guru PPLD/Siswazah, ramai kalangan kamu yang kini bergelar siswazah menjadi angkuh serta kurang hormat kepada Guru Besar yang hanya gred DGA32/34/38 dengan alasan gred mereka lebih tinggi tetapi dalam masa sama mutu kerja mereka hanya setaraf dengan rakan-rakan mereka di kalangan gred DGA29/32/34/38. Oleh itu jika ada perjuangan yang mungkin kelihatan seperti menyebelahi guru PPLD janganlah dibantah tetapi biarlah kita terus bersatu untuk perjuangan tersebut.