SEJARAH membuktikan sesiapa saja menjadi Menteri Pelajaran, mereka tetap melayan segala tuntutan guru. Apa hal dengan anggota kerjaya lain? Apakah mereka tidak ada sumbangan kepada bangsa, agama dan negara? Menteri-menteri di kementerian lain tidak pernah peka kepada anak buah masing-masing seperti mana menteri di Kementerian Pelajaran.
Bertuahnya guru. Setiap tahun sempena Hari Guru pasti ada saja tuntutan oleh kesatuan guru dan percayalah setiap tuntutan akan tetap dipenuhi oleh Menteri Pelajaran. Bagaimana kakitangan di kementerian lain? Minta diberi perhatian sama kepada kakitangan di kementerian lain.
TEROPONG RUSIA
PerlisUtusan Malaysia Online: 15 Mei 2010
3 ulasan:
bila orang bukan guru menulis, begitulah adanya. Cikgu-cikgu,sabar aje la walapun hakikatnya,biasanya golongan yang menapat nikmatnya hanyalah segelintir guru sahaja.
Itulah panggil janji-janji orang politik. Biasala tu.Guru memang bertuah bila dapat teruskan menabur bakti kepada anak muridnya yang sedia menerimanya.Selamat Hari Guru.
tugas guru yang berdepan dengan pembangunan sahsiah pelajar selalu diabaikan...ntah apa salahnya GURU2...
Dalam dunia sekrang, guru berada di satu tahap kritikal kedudukan istimewa guru sering terancam.
Sanggupkan mereka dari agensi atau jabatan kerajaan lain yang bukan guru berdepan dengan karenah pelajar yang hanya guru dapat rasai kebenarannya.
Mereka boleh menggubal undang2 bagi membela guru, tetapi adakah guru dapat dilindungi dari keganasa pelajar. Pelajar sekrang dilindungi oleh undang2 hak asasi pelajar.
Kadang2 masa berhujung minggu guru terpaksa dihabiskan dengan KOKURIKULUM dan dihadapan buku MURIDNYA sahaja...
Guru bukan menghukum tetapi MENDIDIK. FIkirkan...
Kalau kerajaan tidak membela guru, siapa lagi?
Catat Ulasan