Isnin, 3 Mei 2010

Peluang akhir sertai Festival Hari Guru



Ruang legar di East Coast Mall di Kuantan, Pahang, ini akan menjadi sebahagian lokasi gerai pameran sempena Festival Hari Guru 2010 pada 13 Mei sehingga 16 Mei 2010.


KUALA LUMPUR 2 Mei - Usahawan, orang perseorangan, agensi kerajaan atau persatuan dari seluruh negara dipelawa untuk turut memeriahkan Festival Hari Guru 2010 dengan membeli gerai pameran di gedung membeli belah terkemuka East Coast Mall, di Kuantan Pahang.

Festival akan bermula pada 13 Mei (Khamis) sehingga 16 Mei 2010, bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Kenyataan sekretariat Hari Guru 2010 di sini memberitahu, sehingga 200 gerai pameran disediakan di dalam dan luar gedung tersebut, terbuka kepada semua bentuk keusahawanan, khususnya yang berkaitan dunia pendidikan.

Produk bacaan, komputer atau kamus elektronik, peralatan dan perisian pengajaran dan pembelajaran seragam dan aksesori persekolahan sangat dialu-alukan. Walau bagaimanapun, usahawan makanan, produk makanan kesihatan, penyertaan institusi kewangan, kolej atau universiti swasta dan awam juga dialu-alukan.

Sehingga kini, sebanyak 170 penyertaan telah menyatakan komitmen masing-masing. Senarai penyertaan boleh diakses melalui laman web www.tutor.com.my/festival.

Sasaran bilangan gerai pada tahun ini ialah 200 unit, sebahagiannya terletak di khemah di medan letak kereta dan 80 peratus di bahagian dalam bangunan East Coast Mall.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 019-5716282. Borang boleh didapati di laman web www.tutor.com.my, atau di akhbar Utusan Malaysia dan sisipan pendidikan ADaP pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Tarikh tutup adalah pada 10 Mei ini. Permintaan pada saat akhir adalah tertakluk kepada ruang yang masih ada.

Menurut kenyataan tersebut, objektif utama festival tersebut adalah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat di negara ini meraikan dan memberikan penghormatan kepada guru sebagai profesion yang mendidik dan membesarkan generasi muda sehingga menjadi orang yang berguna.

Pihak Utusan Malaysia telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Festival Hari Guru mulai tahun lepas di Kuala Terengganu, dan pada tahun ini di Kuantan.

Selain meraikan guru, festival tersebut akan menjadi medan kepada usahawan serta industri yang berkaitan bidang pendidikan bertukar fikiran untuk memajukan bidang mereka, sambil memperagakan produk masing-masing.

Utusan Malaysia Online: 3 Mei 2010

Tiada ulasan: